Vitamin Untuk Kulit Cantik Macam Gadis Jepun

by Mommy Lyna

Biasa guna produk-produk kecantikan? Tepek-tepek, sapu-sapu, tampal-tampal?

Apa kata sekarang kita cuba pula produk kecantikan yang mencantikkan wajah kita dari dalam. Mesti lah lagi best kan? Bila kita dah mula menjaga dari dalam, kesannya bukan saja dalaman malah luaran. Bila di dalam dah cantik, di luar akan juga cantik secara semulajadi.

Bagaimana nak cantikkan kulit dari dalam?

KULIT CANTIK

Caranya adalah memberi makanan kepada sel-sel dalam badan kita. Apakah makanan sel kita? Nutrien!

Dalam pemakanan harian kita, kita mengambil pelbagai jenis makanan. Namun, adakah makanan yang kita makan sekadar memberi kenyang atau membekalkan nutrien yang secukupnya?

Nutrien yang cukup menjadikan tubuh kita berfungsi dengan baik, sekaligus memberi kesan yang sangat bagus pada kulit.

Apakah vitamin yang penting untuk kecantikan kulit dari dalam? Antaranya adalah:-

Vitamin A

  • Merupakan antioksidan yang memerangi radikal bebas hasil dari sinaran UV, pencemaran, radiasi, stress dan pemakanan.
  • Mengawal selia penghasilan sebum di wajah.
  • Menguatkan jaringan pada sel kulit.
  • Mencegah kemunculan jerawat.

Vitamin B Complex

  • Melancarkan peredaran darah.
  • Membantu dalam penghasilan sel-sel baru.
  • Menjaga kelembapan kulit secara semulajadi.
  • Membantu mencegah dan merawat jerawat.

Vitamin C

  • Merupakan antioksidan yang memerangi radikal bebas hasil dari sinaran UV, pencemaran, radiasi, stress dan pemakanan.
  • Melindungi sel dengan membentuk membran sel yang kuat.
  • Menguatkan imuniiti tubuh untuk melawan jerawat.
  • Mencegah penuaan pada kulit.
  • Membantu dalam penghasilan kolagen.

Vitamin E

  • Merupakan antioksidan yang memerangi radikal bebas hasil dari sinaran UV, pencemaran, radiasi, stress dan pemakanan.
  • Menguatkan jaringan pada sel kulit.
  • Membantu mengurangkan risiko jangkitan akibat dari masalah jerawat dan sebagainya.
  • Membantu menjadikan kulit lebih cerah dan ceria.

Buat pesanan sekarang untuk produk-produk di atas:-

Previous post:

Next post: