Vitamin Untuk Kesuburan Wanita dan Lelaki

by Mommy Lyna

Biasanya kalau saya terima pertanyaan tentang produk untuk kesuburan, kebiasaannya pemanggil akan bertanya tentang GLA Complex dan Zinc. Namun begitu, ada juga yang sudah mengamalkan GAL Complex dan Zinc, tapi belum ada tanda-tanda lagi. Apakah produk Shaklee sudah tidak bagus untuk mereka?

sedih

Sebenarnya, ada banyak penyebab yang menjadikan seseorang wanita itu tidak boleh hamil. Ia boleh jadi kerana wanita itu sendiri yang…

  • Mengalami obesiti
  • Mengalami kekurangan nutrisi
  • Tiub falopian tersumbat
  • Telur yang tidak matang
  • Faktor usia
  • Mengalami masalah pada rahim misalnya fibroid, cyst atau endometriosis
  • Terlalu kurus
  • Kurang ‘cecair kesuburan’

Atau berpunca dari lelaki…

  • Sperma yang tidak sihat
  • Sperma tidak cukup banyak
  • Sperma tidak matang
  • Masalah ejakulasi

Atau kedua-dua sekali…

  • Waktu bersama yang tidak kena pada waktu ovulasi
  • Kurang bersama suami isteri

Faktor-faktor di atas harus ditangani dengan cara yang berbeza. Oleh itu, pasangan yang belum mempunyai anak harus tahu punca dan penyebab kenapa mereka terhalang untuk mendapat cahaya mata.

Antaranya adalah melaui pemerhatian, misalnya masalah kegemukan, terlalu kurus, kurang nutrisi, usia… boleh dilihat dan dinilai dengan mata kasar. Manakala isu-isu lain harus disahkan oleh pakar. Seeloknya bertemu dengan pakar untuk mengetahui masalah sebenar. Ini kerana beberapa perkara di atas harus menjalani prosedur perubatan, misalnya tiub Falopian yang tersumbat.

Walau bagaimana pun, terdapat beberapa vitamin yang sangat penting untuk meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita.

Asid Amino (protin) – ESP Shaklee

L-carnitine adalah asid amino yang sangat penting untuk kematangan sperma dan metabolisma sperma. Kekurangan L-carnitine  menyebabkan jangkahayat sperma tidak bertahan lama.

Antioksidan - Vitamin C, Vitamin E, Vivix

Kajian menunjukkan bahawa pengambilan antioksidan meningkatkan kualiti sperma. Kekurangan antioksidan menyebabkan sperma menjadi kurang berkualiti.

Zinc - Zinc Complex

Zinc memainkan peranan yang sangat penting dalam hal kesuburan lelaki dan perempuan. Kekurangan zinc mengganggu ovulasi dan juga penghasilan sperma.

Asid Lemak Perlu Omega 6 & Omega 3- GLA Complex & Omega Guard

Asid lemak perlu ini amat penting untuk kestabilan hormon, penghasilan mukus (cecair kesuburan), meningkatkan ovulasi dan menguatkan rahim.

Zat Besi – Vita-Lea Iron Formula

Menurut kajian, wanita yang kekurangan zat besi bakal mengalami masalah ovulasi dan telur yang tidak sihat. Ini sekaligus mengurangkan kemungkinan untuk hamil sebanyak 60%!

Vitamin B12 – B Complex

Bukan saja asid folik penting untuk mengelakkan spina bifida, tapi vitamin B12 amat penting untuk penghasilan sperma yang sihat serta lapisan dinding rahim yang tebal semasa proses ovulasi sebagai persediaan untuk hamil. Jika lapisan ini tidka cukup tebal, ia akan memungkinkan terjadinya keguguran.

Jangan tunggu-tunggu lagi untuk cuba vitamin-vitamin dan nutrisi kesuburan dari Shaklee. Sudah ada ramai yang berjaya hamil walaupun disahkan separa mandul. Insya-Allah kita cuba yang terbaik, mudah-mudahan Allah memudahkan rezeki cahaya mata buat anda.

Hubungi saya:

MOMMY LYNA @ 012-2811136 (WhatsApps)
sauberlina@gmail.com

atau isi borang di bawah

Previous post:

Next post: