Vitamin Untuk Hilangkan Penat Traveling

by Mommy Lyna

Travel ni memang penat. Pengalaman saya sendiri, dulu kalau outstation, dekat je pun, bukanlah sampai ke UK ke US ke… penatnya ya ampun. Esoknya mesti kena MC sebab badan rasa sangat penat, tak larat nak angkat kepala pun.  Terutama kalau travel by air, naik kapal terbang lah tu… kalau

Macam-macam teori keluar. Sebab ion tak dineutralkan lah… macam-macam.

Sehinggalah saya dapat jawapannya dalam video ni:-

 source: iReach HD 

Apabila kita menaiki kapal terbang, tubuh kita akan dibawa ke altitud yang tinggi. Bila di tempat tinggi ni, tekanan udara berbeza dari di atas mukabumi. Di tempat yang tinggi, tekanan udara adalah rendah. Bermakna, dalam amaun udara yang sama, kita akan menyedut oksigen yang kurang.

Walaupn udara dalam pesawat dah di-depressurize, tapi ia cuma hanya boleh menyamai tekanan udara di 8,000 kaki.. tinggi sikit dari Gunung Tahan. Cruising altitude kapal terbang pula dalam 25,000 ke 40,000 kaki. Pitam terus meletup kalau kat luar tu.

Udara di 8,000 kaki tu tak sama dengan udara yang biasa kita sedut. Dan tubuh kita tak biasa dengan keadaan oksigen kurang, menyebabkan kita jadi terlalu penat dan lesu.

Kelembapan dalam kapal terbang juga sangat rendah, lebih kering dari keadaan di padang pasir. Jadi tubuh kita terdedah kepada dehidrasi. Lagilah bertambah lesu.

Tips Kurangkan Kelesuan Bila Travel Dengan Kapal Terbang:-

  1. Tubuh badan mesti fit, sihat, degupan jantung dan tekanan darah di paras normal. Rajin-rajin jaga kesihatan ye.
  2. Cukupkan keperluan nutrisi tubuh. Sediakan tubuh yang sihat untuk travel. Makan suplemen.
  3. Jaga diri supaya tak selesema, kalau ada sinus make sure jangan ada infection masa nak terbang tu. Ini bukan je boleh buat kita rasa tak selesa, gegendang telinga boleh pecah ooo…
  4. Minum air dengan kerap sepanjang penerbangan supaya badan sentiasa terhidrat.

Nak order set travel atau nak tanya-tanya pun OK je… boleh hubungi saya, SMS ke : 012-2811136.

Previous post:

Next post: