Vitamin Kalsium Yang Terbaik Atau Paling Bahaya?

by Mommy Lyna

Beberapa bulan lalu, saya dikejutkan dengan berita seorang sahabat yang terjatuh hingga menyebabkan kakinya patah. Sedangkan kalau menurut beliau, jatuhnya tidaklah teruk pun, sekadar tersepak bendul dan terjatuh. Namun begitu, kaki sahabat saya ni terpaksa disimen dan menjalani rawatan hingga berbulan-bulan.

Bila tulang kita poros atau reput, sedikit kecederaan pun dah cukup untuk menjadikannya patah atau retak.

TULANG REPUT

Inilah yang terjadi bila tulang kita mengalami ketidakseimbangan antara pembinaan tulang baru dengan kehilangan jisim tulang. Kita akan mengalami kehilangan jisim tulang apabila kita berusia. Tapi sekiranya kita tidak mengambil kalsium dan fosfat yang mencukupi sebelum usia 30 tahun, tulang kita akan mengalaminya dengan lebih cepat.

Kehilangan jisim tulang ini akan membawa kepada osteoporosis di mana tulang kita akan menjadi lemah dan mudah cedera. Seperti kes sahabat saya di atas, seseorang yang mengalami osteoporosis tidak akan menyedari bahawa tulangnya sudah di tahap bahaya sebelum sesuatu terjadi. Naudzubillah.

Oleh itu kita mestila menjaga kesihatan tulang kita. Dan ia perlu bermula dari usia kecil lagi.

Tidak kira betapa sihat pun kita, semua orang terdedah kepada osteoporosis kerana secara semulajadi, kita akan mengalami kekurangan jisim tulang apabila usia melepasi 30 tahun. Sekiranya sebelum itu pun tulang sudah tidak kuat (misalnya kerana tidak cukup pengambilan kalsium), bagaimana lah agaknya keadaan apabila melepasi usia tersebut.

Apakah cara untuk mencegah osteoporosis? Adakah pengambilan pil kalsium sahaj mencukupi?

Untuk mendapatkan tulang yang sihat, kita mestilah,

  1. Menjaga pemakanan. Seimbang dan lengkap bernutrisi.
  2. Beraktiviti fizikal secara rutin.
  3. Mengambil suplemen membina tulang sebagai menyokong usaha di atas.

OSTEMATRiX SHAKLEE

Sekiranya anda memilih untuk mendapatkan sumber kalsium dari suplemen, pastikan vitamin yang anda ambil tu tidak terdiri dari kalsium sahaja, sebaliknya mengandungi pelbagai mineral lain. Kerana apa… kalsium memang menguatkan tulang, tapi yang melekatkan antara matriks2 tulang tu adalah mineral2 seperti Boron dan sebagainya. Bayangkan kalsium ni bata, dan ia perlu melekat antara satu sama lain. Di sinilah fungsi mineral2 ni.

WhatsApp saya segera sekiranya anda mahu mendapatkan kalsium yang lengkap ini – KLIK UNTUK WHATSAPP ORDER OSTE + COLLAGEN.

 

Previous post: