Turunkan Berat Badan Cara Sihat

by Mommy Lyna

Semua orang menginginkan kesihatan yang baik dan bentuk badan yang menarik. Subjektif kepada empunya diri, ada yang suka kelihatan kurus dan ada yang suka kelihatan ‘comel’. Namun, obesiti adalah sesuatu yang patut ditakuti oleh semua kerana banyaknya risiko penyakit kronik yang berkaitan dengan obesiti.

Oleh itu, ramai yang ingin turunkan berat badan dengan cepat melalui diet yang ketat. Malah, ada yang menerima kesan sampingan yang lebih teruk akibat obses kurus, iaitu anorexia. Mahu kurus, itu sangat bagus. Namun biarlah turun berat badan secara sihat, bukan secara menyeksa tubuh kita.

Tips turunkan berat badan cara sihat:

MENGAMBIL 5 HIDANGAN BUAH-BUAHAN DAN SAYURAN SEGAR SETIAP HARI

Ini menyediakan tubuh anda dengan sumber vitamin, mineral dan serat. Gabungan ini meningkatkan imuniti untuk menjaga tubuh anda untuk melawan penyakit. Serat makanan membantu membuat anda merasa kenyang di samping menjaga tahap tenaga anda supaya tetap stabil.

MAKAN TIGA HIDANGAN SEHARI

Sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Makan secara teratur dan mengikut saranan piramid makanan. Pastikan anda mengambil karbohidrat, protein dan buah-buahan. Jika anda memerlukan snek, buah-buahan adalah snek terbaik.

MENGAMBIL PROTEIN

Pilih protein dari sumber soya, ikan, kerang, ayam atau telur bagi memenuhi keperluan tubuh anda tanpa menambah extra lemak (daging).

KURANGKAN LEMAK

Gunakan minyak zaitun untuk memasak bagi mengurangkan kolesterol.

KURANGKAN GULA

Kurangkan minum minuman bergula tinggi seperi minuman dalam tin. Kurangkan gula dalam minuman anda.

KURANGKAN PENGAMBILAN KAFEIN

Kafein mengurangkan keupayaan tubuh untuk menyerap vitamin. Ia juga merupakan stimulant sintetik. Jika anda penggemar kopi, hadkan pengambilan kepada secawan sehari sahaja.

MINUM 3-4 LITER AIR SEHARI

Air membantu serat dalam makanan anda mengembang dan melakukan tugasnya. Hal ini juga membantu untuk metabolisme nutrisi lain dari makanan anda, menjaga kulit dan rambut serta mencegah tubuh anda daripada dehidrasi.

MAKAN DENGAN TERATUR DAN JANGAN BIARKAN PERUT KOSONG

Hal ini membantu menjaga usus anda berfungsi secara berkesan. Makan yang teratur membantu menjaga enzim pencernaan, melindungi dari pengeluaran asid perut berlebihan dan membolehkan anda memetabolisme makanan dengan cara yang paling cekap, untuk menjaga tahap tenaga.

Fruit-Vegetables-Healthy-Food

Bagaimana nak turunkan berat badan cara sihat dengan Shaklee pula? Jeng jeng jeng… HUBUNGI SAYA DENGAN KLIK PADA LINK INI.

{ 0 comments… add one now }

Previous post:

Next post: