Tips Menjadi Ibu/Bapa Yang Aktif dan Sihat

by Mommy Lyna

Biasa kita mengeluh bila dah jadi ibu atau bapa, kita dah kehilangan masa-masa senggang untuk berehat. Terutama bagi ibu, yang tiada pembantu (samada bekerja atau tidak), kebanyakan masa dihabiskan untuk anak-anak. Ramai ibu yang mengeluh sering kepenatan, badan lesu, stress dan sebagainya.

Namun, seorang ibu yang sibuk masih boleh menjadi aktif, sihat dan cergas. Bagaimanakah caranya?

1. Mempunyai pegangan, target dan cita-cita

Menjadi ibu bapa bukanlah satu ‘ultimate destination’ yang tak perlu mengharapkan apa-apa kecuali kebahagiaan dan kejayaan anak-anak. Seorang ibu/bapa perlu menjadi hebat dengan mempunyai cita-cita sendiri. Tak perlu bercita2 terlalu tinggi misalnya menggenggam phD atau menjadi general manager…bercita2 menjadi seorang ibu yang mahir memasak pelbagai jenis masakan itu adalah satu benda yang cukup bagus. Asalkan kita ada sesuatu yang hendak dicapai dan berusaha untuk mencapainya.

2. Bersahabat

Ramai orang, apabila sudah berkahwin dan beranak-pinak, mula kehilangan sahabat. Walaupun sahabat terbaik adalah pasangan masing-masing, namun sahabat di luar lingkup keluarga kita adalah penting. Ia bukan sahaja mengeratkan silaturrahim sesama manusia, malah memberi perspektif berbeza dalam kehidupan. Misalnya kita merasakan hidup sangat sibuk dengan 2 orang anak kecil, tapi sahabat kita ada 5 orang anak kecil! Bukankah bagus untuk kita meminta tips dari beliau? Sahabat yang baik adalah mereka yang boleh berkongsi rasa tanpa membocorkan kepada pihak lain.

3. Menjaga pemakanan

Walau sesibuk manapun, ibu/bapa perlu menjaga pemakanan, agar apa yang diambil adalah seimbang dan menepati keperluan tubuh.

4. Mengamalkan aktiviti sihat

Aktiviti sihat bukan sahaja bersukan, bersenam… sekecil-kecil perkata seperti selalu senyum, tegur-menegur sesama jiran, menjaga percakapan.. adalah antara aktiviti yang sihat. Walaupun penat, elakkan mengeluh sebaliknya bersyukurlah kerana berpenat-lelah di rumah sendiri, bukannya di rumah orang lain, ataupun dalam tahanan orang.

5. Berehat

Ada masa-masa senggang, berehatlah bersama anak-anak. Gunakan masa rehat itu dengan penuh kualiti. Tidak perlu menghabiskan 1-2 jam di depan TV. 10 minit nap bersama anak-anak sudah cukup untuk menghilangkan lelah.

6. Mencari jati diri

Jangan tenggelam dalam gelaran ‘ibu’ maka segala-galanya dibayangi keluarga dan anak-anak. Sentiasa berusaha untuk menjadi seorang individu yang lebih baik dan lebih bermanfaat, bukan sahaja kepada keluarga malah kepada masyarakat.

7. Nikmati kehidupan

Sudah tiada masa untuk shopping? Tiada masa untuk chatting? Tiada masa untuk blogging? Nikmatinya! Nikmati kehidupan yang indah bersama keluarga. Jadikan pengalaman menjaga anak satu pengalaman yang paling tidak berharga, walaupun kehilangan ‘me’ time.

8. Mengambil supplemen

Ibu bapa yang sibuk sering dalam keadaan tertekan. Ambillah supplemen yang sesuai terutama B Complex bagi membantu mengurangkan tekanan, samada di pejabat atau di rumah. Usah jadikan diri anda dipengaruhi oleh tekanan perasaan yang anda hadapi, kerana anda mungkin cenderung melepaskan kepada anak-anak. Cari penyelesaian dengan cara yang paling natural, sebelum anda memerlukan ubat anti tekanan yang banyak kesan sampingan. Sedarilah bahawa tubuh yang lesu bukanlah semata-mata kerana anda banyak kerja. Boleh baca lanjut di sini ==> Mengatasi Badan Lemah dan Lesu.

9. Supplemen jiwa

Amalan kerohanian membersihkan jiwa dari sifat2 mazmumah dan sifat2 negatif yang bukan saja memberi kesan kepada minda, malah juga fizikal. Banyakkan mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa dalam mencari penyelesaian dan jawapan terhadap persoalan2, terutama yang melibatkan keluarga dan anak-anak. Usah ego dengan diri sendiri, kerana sebagus mana pun kita, kita masih tetap hamba kepada-Nya.

Pokoknya seorang ibu atau bapa perlu sentiasa berada dalam keadaan yang sihat dan aktif, bagi memastikan keharmonian sekeluarga. Maklum saja anak-anak moden semakin cepat perkembangannya, jangan biarkan anak ketinggalan hanya sebab ibunya yang selalu penat dan lesu di rumah.

VITAMIN UNTUK KELUARGA

Ibu bapa prihatin, dapatkan suplemen untuk keperluan tubuh badan anda HUBUNGI SAYA DENGAN KLIK PADA LINK INI.

{ 0 comments… add one now }

Previous post:

Next post: