TIPS MAINTAIN ‘COOL’ KETIKA CUACA PANAS

by Dr Munirah

Fenomena El Nino kuat yang melanda Malaysia bakal berlarutan sehingga penghujung Mac 2016, djangka boleh menyebabkan pengurangan hujan di antara 20-60% dan peningkatan suhu sebanyak 0.5-2.0 darjah celcius.

Kenyataan media berkaitan El Nino

Kenyataan media berkaitan El Nino

Kalau cuaca biasa-biasa pun kita dah rasa panas, inikan pula pabila el nino menyerang. Berikut dikongsikan tips untuk menghadapi el nino dengan cool dan bergaya.

1. Baaaaanyakkan minum air putih (sekurangnya 3L sehari)

untuk mengekalkan kelembapan dalam badan. Lebih-lebih lagi jika kita banyak melakukan urusan luar atau menjalankan aktiviti fizikal. Elakkan mengambil minuman beralkohol dan berkafein kerana ini menyebabkan kita kerap membuang air kecil. Boleh juga minum jus buah yang segar untuk memberi rasa nyaman.

2. Baaaaanyakkan makan buah dan sayur

Sayuran seperti salad dan timun dengan lebih 90% air mampu menyejukkan dan mengekalkan kelembapan dalam badan kita. Begitu juga dengan buah-buahan seperti tembikan dan oren, kandungan air, vit A dan C nya bertindak sebagai antioksidan dan melindungi kulit daripada cahaya matahari.

3. Kurangkan aktiviti luar

terutama pada waktu puncak sekitar 11 pagi-3 petang. Lindungi bayi, orang tua dan individu yang menghidapi masalah pernafasan dan jantung. Mereka mudah terjejas akibat cuaca panas. Ketika di dalam rumah, turunkan langsir untuk meminimakan cahaya matahari secara langsung.

4. Kerap mandi

untuk menyejukkan badan, memberi keselesaan dan memastikan badan bersih dan wangi. Walaubagaimanapun perlu diingatkan untuk jimatkan penggunaan air terutama jika sumber air anda terhad.

5. Pilih pakaian

dari material sejuk, ringan dan longgar supaya kulit boleh bernafas, memberi keselesaan dan menggalakkan penyejatan peluh secara optimum. Juga dinasihatkan untuk menggunakan payung dan memakai topi ketika keluar.

6. Rumah tiada aircond ? Cuba ini

-Spray air ke dinding rumah atau langsir

-Letakkan beberapa baldi berisi air di dalam rumah

InshaAllah akan dapat mengurangkan rasa bahang panas dalam rumah.

 

Macam mana pula dengan suplemen, musim panas sekarang ni sangat mudah bagi kita sebagai orang dewasa, apalagi kanak-kanak untuk jatuh sakit, dehidrasi dan rasa penat.

Bagi ‘immune booster’, sangat-sangat digalakkan untuk mengambil Nutriferon dan Vitamin C. Vitamin C bukan sahaja diperlukan untuk membentuk kolagen malah membantu memelihara kulit daripada sinaran matahari.

Sebagai penambah tenaga, boleh amalkan Energizing Soy Protein (ESP) untuk memberi lebih rasa kenyang seterusnya membekalkan tenaga kepada badan. Bulan ni tengah promo ESP, jom ramai-ramai kita borong !

12814486_10204532945842684_3498186692016722379_n

Apapun, sama-samalah kita peka dengan kesihatan diri dan orang-orang di sekeliling kita ketika cuaca panas ni.

Let’s be cool !

Nurmunirah Abd Aziz

013-4238962

SID : 1224222

instagram : jadisihatjom

 

 

Previous post:

Next post: