Tips Banyakkan Susu Badan Dan Menyusui Hingga 2 Tahun

by Mommy Lyna

Adakah anda ibu yang sedang menyusukan anak? Atau berazam untuk menyusukan anak? Tahniah diucapkan kerana membuat satu keputusan paling bijak dan terbaik untuk anak anda.

Secara umumnya, semua mamalia termasuk manusia menyusukan anaknya. Kecuali bagi manusia, ada beberapa sebab yang menjadikan seseorang ibu tidak boleh menyusukan anak, contohnya:

  • 2% daripada ibu di dunia tidak dapat menghasilkan susu yang cukup utk anaknya, tanpa sebab yang jelas.
  • ibu pernah menjalani pembedahan payudara.
  • ibu mengidap penyakit kronik.
  • ibu mengidap HIV.
  • ibu menjalani rawatan kimoterapi.

Selain dari itu, samada ibu ada masalah puting tenggelam, ataupun PCOS, setakat ini tiada masalah untuk ibu tersebut menyusukan anaknya.

Walau bagaimana pun, sudah menjadi naluri seorang ibu untuk memastikan susu badan sentiasa cukup untuk anaknya. Berikut adalah tips-tips membanyakkan susu ibu tanpa pengambilan sebarang ubatan hormon.

1. Makan Makanan Seimbang

Fruit-Vegetables-Healthy-Food

Pemakanan seimbang dituntut ke atas semua orang. Apa lagi yang inginkan kehidupan sihat. Kerana dari makanan ini kita dapat tenaga. Makanan juga boleh jadi pemusnah tenaga. Yakni bila kita makanan makanan yang rapu. Makananlah makanan sebenar (real food) agar badan kita dapat tenaga yang optimum. Ibu menyusu perlukan lebih tenaga. Bukan saja untuk menjaga anak tersayang, tapi juga untuk menghasilkan susu badan.

2. Minum Air Secukupnya

drops-of-water-578897_1280

Apakah minuman tenaga yang ajaib? Ia adalah air. Air kosong! Minumlah air secukupnya, kerana tubuh kita memerlukan air untuk menjalankan fungsinya yang normal. Apa lagi bagi seorang ibu menyusu, tambah2 di negara panas dan lembab ni. Berapa liter air sehari diperlukan? Banyak sangat teori, banyak sangat pendapat. Paling senang jadikan habit untuk minum apabila haus, apabila lesu, apabila letih, apabila lapar (di luar waktu makan). Jangan biarkan badan kita kering menunggu air.

3. Kosongkan Payudara

baby-1781586_1280

Jangan tunggu berasa penuh baru ibu nak mengepam. Terutama jika ibu bekerja. Pam susu secara konsisten dan kosongkan payudara dengan kerap. Semakin kerap payudara dikosongkan, semakin banyak susu dihasilkan. Ini kerana badan ibu belajar bahawa ada permintaan (setiap kali ia kosong), maka ia akan menambah lagi pengeluaran.

4. Gali Ilmu Tentang Penyusuan

teh buku

Penyusuan susu ibu, walaupun sesuatu yang natural, namun ia harus dipelajari. Ini kerana terlalu banyak mitos tentang penyusuan, dan konsep penyusuan yang sering disalaherti. Misalnya ramai ibu yang menyangka susu badan akan keluar dengan banyak. Sedangkan pada hari-hari pertama ibu menghasilkan kolostrum yang pekat dan tidak mengalir. Oleh itu, ibu mesti banyakkan ilmu di dada tentang penyusuan.

5. Pengambilan Suplemen

Salahkah ibu ambil suplemen semasa menyusukan anak? Benarkan khasiat suplemen tidak sampai pun kepada anak? Benarkah kita sepatutnya menyusukan anak tanpa suplemen? Suplemen ni sebenarnya bukan lagi pilihan di zaman sekarang. Hakikatnya makanan kita hari ni dah kurang khasiat. Kajian dibuat sejak tahun 1970-an tentang khasiat tanaman yang makin berkurangan sejak berlakunya pelbagai revolusi. Bayangkan ia telahpun berlaku pada tahun 70-an, apatah lagi kini? Ibu perlukan suplemen BUKAN UNTUK BANYAKKAN SUSU tapi nutrien yang cukup memberikan ibu ketenangan, kegembiraan, minfulness dan fokus. Kita banyak mendengar tentang ibu2 yang stress, kalau teruk akan jadi meroyan! Sanggupkah mengorbankan diri seorang ibu sebegitu?

vitamin ibu hamil

Hubungi sauberlina[@]gmail.com untuk membuat pesanan

Previous post:

Next post: