Tip Elak Anak Sakit Ketika Jerebu

by Mommy Lyna

Musim jerebu ni juga merupakan musim susah hati pelbagai pihak terutama ibu bapa. Bukan saja susah hati memikirkan “Esok sekolah buka atau tutup?”, tapi yang lebih merisaukan lagi adalah kesihatan anak-anak. Terutama anak-anak yang dalam keadaan biasa pun sering demam… inikan pula bila berada dalam asap, jerebu!

Bayangkan bila index pencemaran udara (IPU) mencapai lebih 200, maknanya sangat tidak sihat.. macamanalah agaknya anak2 kita menyedut udara yang sebegitu.

Mahu tidak mahu, sistem pertahanan anak-anak kita mesti diperkuatkan di samping melindungi mereka dari asap jerebu. Mereka harus kebal untuk menghadapi jerebu!

Tips menghadapi jerebu:-

1. Berada di dalam rumah/bangunan dengan menutup pintu.

2. Menggunakan penyaman udara dalam kereta atau rumah bagi mengurangkan pencemaran.

3. Menggunakan air purifier atau ioniser untuk memerangkap partikel-partikel kecil.

4. Minum lebih banyak air masak bagi menggalakkan pembuangan toksin dari ginjal.

5. Elak atau kurangkan pengambilan minuman berkafein bagi menjaga kestabilan bendalir badan.

6. Pakai topeng muka bila berada di luar.

Bagaimana dengan suplemen? Apakah suplemen yang boleh diambil bagi menghadapi jerebu?

VITAMIN JEREBU

Mesti stok vitamin2 ni, paling tak pun Vita-C (untuk dewasa dan kanak2) serta Omega Guard. Bulan ni pula ada offer Vita E untuk ahli Shaklee. Nak tau boleh hubungi saya.

Bertindak segera sebelum jerebu memusnahkan masa depan anak-anak kita…!

Previous post:

Next post: