Testimonial | Set Breastfeeding Shaklee – Susu Banyak Macam Dalam Pantang

by Mommy Lyna

Saya menerima satu email yang sangat menggembirakan hati saya. Ya, siapa yang tak gembira bila dengar berita gembira, kan? Saya rasa sangat gembira apabila menerima feedback dari pengguna Shaklee, samada berbentuk testimonial ataupun aduan. Aduan ni biasanya berkaitan dengan healing crisis, maklumlah tak semua orang terdedah dengan istilah ‘healing crisis’ yang biasa dikaitkan dengan supplemen natural. Saya pun kalau bukan kerana Shaklee, tak tahu pun tentang healing crisis.

Email tersebut dari Sis Normah berbunyi:

————-

Assalam Mommy Lyna

Nak share rasa gembira lepas ambil set susu Shaklee… bangun pagi tadi tiba-tiba rasa cik B berat semacam. Terpaksa pam pagi-pagi! Susu banyak sangat! Dapat 3 botol. alhamdulillah, bertambah bekalan susu untuk Adif hari ni. Terima kasih Mommy.

—————

Teringat saya bagaimana keadaannya semasa dalam pantang. Waktu itu, memang tak menyempat-menyempat nak pam walaupun baby masih menyusu secara direct, sebab rasa penuh. Ini kerana dalam pantang, tubuh kita masih ‘belajar’ tentang demand terhadap susu ibu, jadi setiap masa ia cuma untuk memastikan susu sentiasa ada. Hinggalah bila tubuh sudah mengenali pattern penyusuan bayi dan pattern ibu mengepam susu, ia mula menghasilkan susu pada saat2 diperlukan sahaja.

Kerana itulah pentingnya ibu menyusu kerap mengepam dan menyusukan bayi, supaya demand itu sentiasa ada.

Apa yang saya praktikkan ialah, selepas mengepam di rumah, berikan bayi menyusu secara terus agar kantung susu dapat dikosongkan dengan sempurna. Susu ibu konsepnya bukan seperti tangki air, dah penuh baru keluarkan, sebaliknya, keluarkan supaya lebih banyak susu dihasilkan.

Susu yang banyak selepas mengambil set breastfeeding Shaklee bukan sesuatu yang magik. Ia berlaku secara natural kerana ibu yang mengambil apa-apa saja supplemen (ataupun tidak) HARUS:

kerap mengosongkan payudara. Sekurang-kurangnya menyusu dan pam susu untuk 8-12 sesi dalam sehari.

Terdapat ibu yang salah faham tentang milk booster ni. Ia bukan ubat magik yang bila makan terus, busshhhhh!!! terus banyak susu. Konsep penyusuan yang asal tetap tidak berubah – kerapkan mengosongkan payudara untuk membanyakkan susu.

susu badan banyak

Ibu-ibu jangan salah faham.. kita bukan nak bertanding susu siapa paling banyak. Tapi ia adalah untuk membantu ibu-ibu yang bermasalah dalam penyusuan. Menyokong praktikal penyusuan yang dilaksanakan oleh ibu-ibu. Milk booster tak boleh nak gantikan teknik penyusuan yang berkesan, hanya menyokong. Begitu juga supplement bukan untuk menggantikan makanan berkhasiat, tetapi menyokong dan menambahbaik.

Nak order set penyusuan bekalan untuk lebih kurang 4 bulan? Hubungi admin cepat-cepat! Jangan tunggu dah tak ada bekalan langsung baru nak menyesal…

{ 0 comments… add one now }

Previous post:

Next post: