Supplement Yang Baik Untuk Wanita

by Mommy Lyna

Wanita adalah insan yang paling istimewa. Dari seorang wanita itu lahir anak-anak yang memanjangkan keturunan. Dari tubuhnya mengalir air susu bagi membesarkan anak-anaknya. Dari kudratnya terbit keringat mengasuh dan mendidik anak-anaknya. Wanita adalah anak, adik, kakak, isteri, ibu, dan nenek. Kesemua insan-insan di sekelilingnya bergantung kepada kasih sayang dan kelembutannya. Begitulah wanita, tetap diperlukan walau di tingkat manapun.

Jadi memang sangat penting seorang wanita menjaga kesihatan tubuh badannya. Dari seorang isteri yang perlu sentiasa kelihatan menarik di mata suaminya, kepada seorang ibu yang perlu sentiasa sihat dan bertenaga untuk anak-anaknya. Seorang wanita yang prihatin bukan sahaja menjaga kecantikan luaran, malah kesihatan dalaman termasuk kesucian rohani.

Wanita juga insan yang melalui pelbagai fasa dalam kehidupannya : akil baligh yang membuatkan tubuhnya didatangi haid, hamil, melahirkan anak, menyusukan anak dan sebagainya. Kitar hidup seorang wanita melibatkan perubahan hormon dan bentuk tubuh badannya, juga jadual hariannya. Memang patut sangat jika seorang wanita itu mengambil supplement bagi menjaga kesihatan dirinya.

Apakah supplement yang baik untuk wanita?

REMAJA WANITA/WANITA MUDA:

Masalah kulit, jerawat dan sebagainyaset D

Masalah haid – GLA complex, Ostematrix

Masalah tekanan – B Complex, Vita C, Vita E, Ostematrix

Sindrom Pra-Haid (PMS) - Vita C, Vita E

Masalah keputihan – alfalfa

PENGANTIN BARU:

Untuk keserian wajah – Set D, Energizing Soy protein

Untuk masalah kewanitaan - Set F

Untuk kesuburan dan keharmonian rumahtangga – Set F dan Vita E

IBU HAMIL:

Untuk trimester 1 : Set kehamilan J1

Untuk trimester 2&3 : Set kehamilan J2

IBU DALAM PANTANG:

Untuk penjagaan sepanjang pantang : Set C

Untuk pantang dan tambah susu : Set C plus milk booster

IBU MENYUSUKAN ANAK:

Untuk tenaga dan tambah susu : Set B, Energizing Soy Protein

Mencegah reput tulang : Set E

WARGA EMAS:

Mencegah Osteoperosis : Ostematrix, Zinc, B Complex

Menghadapi menopaus : B Complex, Vita C, Vita E, Ostematrix, GLA Complex

Anti oksidan dan anti penuaan – Vivix

Setiap wanita perlu tahu untuk memilih supplement yang baik. Adalah lebih baik lagi sekiranya dapat memenuhi keperluan harian nutrisi dari sumber makanan asal. Namun dengan kedatangan makanan yang diproses dan pencemaran, serta pengendalian makanan memungkinkan khasiatnya tidak optimum lagi. Kesan dari penggunaan kosmetik, ubat-ubatan dan pencemaran alam juga memberi kesan kepada keupayaan tubuh menyerap vitamin.

Seorang wanita perlu menjalani kehidupan yang sihat dan terus sihat sehingga hari tua untuk terus memberikan kasih sayang kepada ahli keluarganya. Jadi, wanita ini perlu tahu memilih supplement yang baik dan bukan semberono terpedaya dengan iklan-iklan.

Hubungi saya untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang supplement yang baik untuk wanita denganĀ HUBUNGI SAYA DENGAN KLIK PADA LINK INI

{ 0 comments… add one now }

Previous post:

Next post: