Shaklee Menyebabkan Kerosakan Hati dan Buah Pinggang

by Mommy Lyna

Banyak kali saya mendengar tentang produk Shaklee yang menyebabkan kerosakan organ terutama hati dan buah pinggang kepada pengamalnya. Yang lebih mengejutkan, biasanya yang mengalami kerosakan hati dan buah pinggang ialah mereka yang mengambil produk Shaklee seawal 3 bulan pertama. Malah ada yang baru sebulan, ada yang seminggu sudah rosak hatinya akibat mengambil produk Shaklee!

Apakah produk Shaklee sebegitu bahaya? Patutkah produk Shaklee diharamkan penjualannya kerana kesan buruk yang dibawa?

ban shaklee

Shaklee mendakwa mereka adalah sebuah syarikat makanan kesihatan yang menjalankan kajian ke atas produk-produk mereka. Persoalannya, adalah mereka benar menjalankan kajian seperti yang didakwa, atau sekadar penipuan untuk menarik keuntungan?

Di bawah ini adalah antara jurnal2 yang didakwa sebagai kajian yang dilakukan oleh Shaklee:

shaklee journal

Sumber : Shaklee Clinical Research Study Archives

Malah Shaklee mendakwa mereka menjalankan kajian ke atas pengguna produk Shaklee yang telah mengambilnya selama 20 tahun, dinamakan sebagai Landmark Study. Sebuah universiti di USA yang bernama UC Berkeley dikatakan bekerjasama dengan Shaklee dalam menjalankan kajian ini. Apakah UC Berkeley ini? Adakah ia sebuah universiti bogus atau universiti internet???

ARWUrankings2015_300

Hmm.. nampaknya UC Berkeley adalah universiti yang top juga di USA ya.

OK berbalik ke topik asal. Benarkah produk Shaklee merosakkan hati dan buah pinggang?

LANDMARK STUDY SHAKLEE

Yang lain tu mungkin direct boleh tengok dalam graf di atas. Cuba tengok bawah sekali, ada C-Reactive Protein dengan Homocysteine.

Kadar Homocysteine yang tinggi, selain dari indikator kepada penyakit kardiovaskular, ia juga menunjukkan kerosakan hati. Pengguna Shaklee (yang mengambilnya purata 20 tahun) memiliki kadar homosysteine yang paling rendah. Dan siapa yang paling tinggi? Yang tak ambil apa2 supplemen! Hati siapa yang paling sihat? Terbukti kan hati pengamal Shaklee paling sihat.

Homocysteine juga meningkat apabila seseorang itu mengalami kerosakan buah pinggang. Sekali lagi, homocysteine siapa yang paling rendah? Buah pinggang siapa paling sihat?

Begitu juga dengan C-Reactive Protin. Kadar C reactive protein yang tinggi menunjukkan buah pinggang mengalami keradangan. Siapa yang memiliki kadar c-reactive protein paling rendah? Sekali lagi pengguna Shaklee, dan yang tidak mengamalkan apa2 suplemen memiliki kadar C reactive protein paling tinggi. C-reactive protein juga ada kaitan dengan penyakit2 hati seperti kanser hati dan penyakit hati kronik. Yang mana semakin tinggi, semakin berisiko untuk mendapat penyakit2 berkaitan hati.

Daripada hasil kajian di atas, adakah sudah jelas bagi anda, bagaimana pula Shaklee menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang? Shaklee menjadikan hati dan buah pinggang kita bertambah sihat.

Sekiranya anda tidak bersetuju dan mempunyai bukti bahawa Shaklee benar2 merosakkan hati dan buah pinggang, anda boleh menghubungi saya di sini (KLIK LINK INI).

Stages-of-Liver-Damage

Previous post:

Next post: