Shaklee Ada Ubat Gout? Betul Ke?

by Mommy Lyna

Gout adalah penyakit yang disebabkan oleh asid urik yang berlebihan di dalam darah. Monosodium urate atau kristal asid urik yang termendap di persekitaran sendi ataupun di dalam sendi boleh menimbulkan keradangan yang menyebabkan sakit sendi.

Bagaimana asid urik berlebihan di dalam darah terjadi?

Ia boleh terjadi kerana metabolisma dan pengendalian asid urik yang tak seimbang, samada pengeluaran yang berlebihan atau kegagalan buah pinggang untuk menyingkirkannya, mengakibatkan asid urik yang berlebihan. Ketidakseimbangan ini mungkin berpunca daripada faktor keturunan, pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi, obesiti, pengambilan alkohol, kerosakan buah pinggang dan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti ubat diuretik (ubat untuk membuang air dan garam) dan aspirin (tahan sakit).

Apakah yang berlaku kepada asid urik yang berlebihan ini?

  • Mendap di dalam sendi menyebabkan keradangan sendi.
  • Menyebabkan pembentukan ‘tophi’ gout
  • Menyebabkan batu karang di buah pinggang.

Kandungan asid urik yang tinggi dalam darah tanpa menyebabkan keradangan sendi dinamakan “hyperuricemia”. Keadaan ini tidak memerlukan ubat sebagai rawatan. Namun begitu, risiko untuk menghidap gout pada mereka yang mengalami hyperuricemia adalah lebih tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai tahap urik asid yang normal. Oleh itu langkah-langkah pencegahan adalah amat penting untuk golongan ini.

Bagaimana mengesan sakit Gout?

Sekiranya anda mengalami simptom gout, sila berjumpa doktor untuk mendapatkan pemeriksaan. Gout boleh dikesan melalui pemeriksaan fizikal, khususnya pemeriksaan sendi. Beberapa ujian akan dilakukan. Ujian terhadap cecair sendi akan menunjukkan kristal urik asid. Ujian darah dapat menentukan tahap asid urik. Pemeriksaan X-ray & USS dapat menunjukkan kerosakan pada tulang sendi.

Bilakah serangan Gout boleh berlaku?

Serangan gout boleh berlaku secara tiba-tiba. Namun, beberapa keadaan  boleh menyebabkan serangan gout:

  • Kekurangan air di dalam badan atau berpuasa.
  • Makan makanan yang tinggi purin secara berlebihan.
  • Kecederaan kepada sendi.
  • Selepas pembedahan.

Tanda-tanda penyakit Gout

  • Sakit sendi berlaku secara tiba-tiba, terutama di ibu jari kaki, lutut dan pergelangan kaki.
  • Sendi menjadi bengkak.
  • Sendi menjadi panas, merah dan teramat sakit.
  • Demam.

Bagaimana Shaklee membantu pesakit Gout?

Shaklee bukanlah ubat untuk Gout, sebaliknya ia adalah rangkaian nutrisi bagi membantu pesakit Gout mengurangkan sakit sendiri, mengurankan serangan dan komplikasi sakit Gout.

Nutrisi Shaklee untuk Gout:

  • Vivix – untuk >> Memperbaiki sel
  • Herb-Lax – untuk >> detoks
  • Alfalfa – untuk >> menurunkan asid serum
  • Vita-C – untuk >> menurunkan asid serum
  • B Complex – untuk >> metabolisma nukleoprotein
  • OsteMatrix – untuk >> sakit dan bengkak
  • Vita-E – untuk >> meneutralkan radikal bebas
  • Performance Drink – untuk >> mengawal bendalir badan

Set Bajet Shaklee untuk Gout

alfalfa shakleePerformance Shaklee

Dapatkan set bajet Gout dengan menghubungi 012-6211883 atau klik butang di bawah untuk terus membuat pesanan.

ORDER SHAKLEE

Previous post:

Next post: