Senjata Ajaib Untuk Hidup Lebih Sihat dan Kurus!

by Mommy Lyna

Dalam dunia hari ini, obesiti dan penyakit yang berkaitan dengan obesiti sebenarnya membunuh lebih ramai orang daripada kebuluran! Lebih ramai orang mati kerana terlebih makan daripada mati tak makan…

Walaupun terdapat pelbagai maklumat percuma di internet untuk mengatasi obesiti, tapi kenapa lebih ramai orang mati akibat penyakit berkaitan obesiti?

Jom kita tengok apa yang ada di internet tentang mengatasi obesiti.

Ada tiga jenis maklumat percuma dalam internet:

1. Maklumat berdasarkan pembohongan secara terang-terangan:

Claim merepek seperti, “Hanya satu trik saja perut anda akan rata”. Biasa tengok kan benda macam tu? Maklumat yang tidak berdasarkan kajian macam ni sebaiknya diabaikan saja.

2. Maklumat biasa-biasa:

Ini adalah yang berasaskan kepada satu atau dua kajian. Walau bagaimanapun, claimt ersebut bekum dikaji secara menyeluruh. Maksudnya, ia mungkin berkesan kepada beberapa orang, tapi tidak berkesan untuk kebanyakan orang.

3. Maklumat yang diteliti dan diuji secara saintifik:

Secara purata, 10% dari maklumat yang kita cari di internet adalah daripada hasil kajian saintifik. Sebaiknya kita gunakan maklumat daripada kajian-kajian ni. Insya-Allah dari info-info ini kita boleh apply mengikut kesesuaian.

Di Shaklee, kami sangat menitikberatkan kajian saintifik, bukan semata-mata claim dan testimonial. Yang penting, ia mestilah mematuhi ajaran Islam.

Dan sebenarnya ada satu perkara yang boleh mengubah kehidupan kita dalam sekelip mata… Bukan Shaklee, bukan produk apa-apa, tapi ia adalah DOA.

Apa saja yang kita nak buat, nak sihat, nak kurus, makan produk terbaik dan ikuti langkah terbaik… jangan diabaikan yang satu ini. Doa adalah senjata ajaib yang membantu kita untuk mendapatkan apa yang kita mahu.

Rasulullah SAW bersabda: “Mintalah kepada Allah untuk segala-galanya, walaupun tali kasut kamu. Jika Allah tidak memberi, ia tidak akan pernah ada.” (HR Tirmidhi).

Kita nak badan yang kurus dan sihat, jangan lupa bermohon doa dari Allah agar diberikan badan yang kurus dan sihat.

Ramai orang silap faham konsep doa. Bila dah doa, kenapa nak usaha lagi? Sebenarnya doa dan usaha mesti seiring. Kita kena baut dua-dua, tak boleh lah doa saja usaha malas, atau sebaliknya.

Rasulullah pernah naik keatas mimbar, kemudian menangis dan berkata, “Mintalah kepada Allah untuk keampunan dan kesihatan” (HR Tirmidhi).

Jangan sekali-kali memandang rendah kuasa doa  kerana doa yang ikhlas, Allah akan menerimanya dan akan membantu kita dalam cara yang tidak dapat dibayangkan.

Doakanlah yang spesifik. Contohnya: “Ya Allah, tolonglah aku untuk mencapai tahap lemak badan sebanyak 12% & bantulah daku untuk mencapai berat badan 45 kg”

Previous post:

Next post: