Produk Shaklee dan Rawatan Kanser

by Mommy Lyna

Beberapa minggu kebelakangan ini, anak-anak bisnes Shaklee saya kerap menerima pertanyaan tentang rawatan penyakit dengan produk Shaklee, termasuk kanser.

Sudah diterangkan dan diperjelaskan dalam group kami, bahawa produk Shaklee adalah makanan tambahan berasaskan alam semulajadi, dan bukannya ubat untuk merawat penyakit. Namun begitu, jika tiada kontraindikasi dengan ubat-ubatan yang diambil, seseorang pesakit boleh mengambil produk Shaklee. Tetapi ia sekali-kali tak boleh mengambil alih peranan ubat dan kaedah-kaedah perubatan yang disahkan.

Ramai orang yang terpengaruh dengan produk-produk sampah di luar sana yang claim macam-macam, menyembuhkan semua benda dari demam selesema hinggalah kanser, menyebabkan ramai yang mencari produk Shaklee untuk tujuan yang sama.

Mungkin kerana perbelanjaan untuk rawatan penyakit-penyakit ini agak tinggi, menyebabkan ramai yang mencuba untuk membuat rawatan alternatif terlebih dahulu. Tapi awas! Banyak kes yang dirujuk semula ke hospital setelah ‘rawatan alternatif’ ni gagal memberi manfaat kepada pesakit. Sudah pasti risikonya lebih tinggi dan belanjanya juga lebih besar.

Oleh yang demikian, usahlah tinggalkan rawatan di bawah seliaan doktor, walaupun anda memilih untuk dirawat secara alternatif. Paling penting, jalani pemeriksaan terlebih dahulu sebelum anda ‘menjalani rawatan’ kerana ada kes yang tidak pernah disahkan oleh doktor, tapi merasakan diri mereka ada kanser… setelah menjalani ‘rawatan alternatif’ dan ‘sembuh’, baru mereka berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan disahkan bebas dari kanser. Sudah tentulah jika dari awal mereka tidak pernah menghidap kanser!

Ingat, jika sakit, jumpa doktor dulu.

Previous post:

Next post: