Produk Organik Terbaik Untuk Bayi

Produk Organik Terbaik Untuk Bayi


Setiap pasangan yang baru atau bakal dikurniakan cahaya mata pastinya teruja menyediakan barang-barang untuk anak tercinta kan. Ibu bapa pastinya tidak ada keinginan lain melainkan yang terbaik untuk anaknya.
 
 Golongan ini biasanya menjadi mangsa pengiklan2 yang sentiasa bijak mengambil kesempatan.
 
 PRODUK ORGANIK adalah salah satu perkara yang sering diutarakan kepada ibu bapa yang menyambut kedatangan orang baru. Dikatakan kulit bayi yang lembut dan sensitif tidak sesuai dengan sebarang produk.
 
 Persoalannya, adakah perkara ini benar? Produk organik bukan murah. Bagaimanakah pasangan yang sudahlah terpaksa menyediakan pelbagai keperluan si manja, terpaksa pula menyediakan produk bayi organik yang mahal-mahal semuanya.
 
 Keperluan kepada produk organik sebenarnya masih dipandang sepi oleh ibu bapa di negara kita. Faktor harga adalah perkara utama. Namun begitu, sekiranya kita boleh mengelakkan keluarga kita daripada pelbagai penyakit yang sudah tentu kosnya lebih tinggi, kenapa tidak mulakan dengan produk organik?
 
 Menurut pakar, 3 perkara yang harus diberi keutamaan untuk memilih yang organik:
 
 1. MAKANAN
 
 Penyusuan susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi. Risiko penggunaan susu formula bukan saja ia mengandungi hormon (yang terdapat dalam susu lembu) malah kemungkinan ia adalah susu tiruan! Sebagai mana negara kita digemparkan dengan susu bayi tiruan, apakah perkara itu tidak akan berulang? Selagi manusia masih ada tamak, ia mungkin terjadi lagi.
 
 2. PAKAIAN
 
 Pakaian dari kain kapas adalah pakaian terbaik untuk bayi anda. Elakkan dari memilih pakaian bayi dari poliester dan berwarna pekat kerana ia mengandungi dye yang tinggi dan pengawet yang mungkin menyebabkan kerengsaan pada kulit
 
 3. PRODUK PENJAGAAN KULIT
 
 Apa saja yang diletakkan pada kulit bayi, 60% daripadanya akan diserap ke dalam kulit dan saluran darahnya. Bayangkan jika kulit bayi disapu produk yang mengandungi pelbagai bahan kimia bahaya.
 
 Berikanlah yang terbaik untuk bayi anda kerana dialah bakal pewaris bumi ini. Ayuh kita bina generasi yang bebas-bahan kimia-bahaya.
 
 

 Klik DI SINI UNTUK MEMBUAT PESANAN SET SHAKLEE BABY YANG BERHARGA RM381.60 INI
 
 Juga tersedia dalam unit yang berasingan. WhatsApp ke +6012-2811136 untuk pertanyaan lanjut.
 
 – Posted using BlogPress from my iPhone

About Me

Saya Mommy Lyna pengedar sah produk semulajadi Shaklee. Sudah lebih 10 tahun saya sekeluarga menggunakan produk Shaklee dan sangat berpuas hati dengan hasilnya. Atas dorongan untuk berkongsi kebaikan dengan rakan terdekat dan kenalan rapat, saya mengambil keputusan untuk menjadi pengedar aktif sehingga di anugerahkan... (Klik sini untuk maklumat penuh)

%d bloggers like this: