Pengalaman Menjadi Ahli dan Bisnes Shaklee

by Mommy Lyna

Seperti yang saya nyatakan di awal2 blog ini, saya mula menjadi ahli Shaklee sejak ‘termakan’ pujuk rayu rakan sekerja (upline saya). Sejak itu saya mula mengambil supplement Shaklee secara konsisten. Namun saya belum berminat untuk serious berbisnes, maklumlah persepsi tentang MLM belum berubah lagi (pada masa itu).

Awal tahun 2009, sekali lagi saya diajak untuk memulakan perniagaan dengan Shaklee. OKlah memandangkan saya pun tak ada kerja masa tu (cuti tanpa gaji), jadi saya pun setuju. Tapi saya masih belum serius kerana banyak benda lain dalam list. Saya buat sikit2 je…

Awal-awal dulu saya pun tak berapa confident… Tulis dalam blog pun jarang, update customer pun jarang, sampai orang pun hairan saya ni masih buat Shaklee ke tak (LOL).Kerana apa? Sebab bila kita tak serious, ownership tu tak ada. Tak ada rasa bisnes ini adalah kepunyaan saya (dalam MLM Shaklee, you own your business).

Selepas 6 bulan barulah saya clearkan semua inventory2 lain dan mula serious dalam perniagaan ini.Saya mula membina blog khas (blog lama myshakleestore.blogspot.com) dan akhirnya blog shakleetrialpack.com ini diwujudkan.

Apa yang saya suka tentang cara team kami bekerja:

  • Mengutamakan pengetahuan product daripada keuntungan
  • Memberi konsultansi secara percuma dan guidance dalam pengambilan produk
  • Sentiasa update dengan pengetahuan baru dalam bidang nutrisi
  • Mempunyai sumber untuk khidmat nasihat dan maklumat yang tepat i.e. nutritionist khas Shaklee, pharmacist, doktor dan tak lupa lactation councelor (untuk ibu menyusu)
  • Support group dalam pemakanan dan cara hidup sihat

Ramai yang memandang sinis bila saya katakan Shaklee adalah MLM. Maklumlah, biasanya orang kaitkan MLM dengan head-hunting, cari downline, penuhkan kaki-kaki dan sebagainya. Itu cuma satu cara untuk cepat naik dalam MLM… banyak lagi cara perniagaan MLM dijalankan. Dan kami bukan salah satu darinya.

Saya boleh katakan saya sangat gembira dengan bisnes ini, sebab tak memerlukan saya keluar kecuali untuk urusan pengeposan dan pass pesanan kepada mereka yang mahu pick-up dari saya. 95% masa yang diperuntukkan untuk bisnes team kami ialah di depan komputer dan telefon. Tidak perlu keluar untuk close sales ataupun cari membership baru.

Kita pun tak push sesiapa, sesiapa yang dah bersedia nak bisnes, baru kita bagi guidance. Yang mana jadi member untuk makan sendiri, kita tak paksa :)

Alhamdulillah, saya sangat happy. Kini saya dah mencapai tahap tertinggi dan akan terus mendaki bersama team saya yang bersemangat waja!

*diharap entry ini dapat menjawab persoalan bakal businesswoman/man Shaklee  yang masih tertanya2 di luar sana ;)

{ 0 comments… add one now }

Previous post:

Next post: