Berikutan entry saya tentang kencing manis dan darah tinggi & sakit jantung, banyak pula saya terima feedback & salah satunya soalan:
Puan Lina,
Adakah saya patut berhenti makan ubat kencing manis?
Jawapannya, TIDAK. Anda perlu ikut nasihat doktor.
Apa yang saya kongsikan ialah sebenarnya supaya kita semua mengutamakan penjagaan kesihatan. Kebanyakan orang hari ini menghida penyakit yang bekaitan dengan DIET, bermakna apa yang kita makan. Ia terbukti bila Rasulullah bersabda “Perut adalah punca segala penyakit”.
Masalah yang paling besar ialah kita tak tahu apa sebenarnya makanan yang membawa penyakit.
Mengikut kajian, sebanyak lebih 80% masalah obesiti di Amerika TIDAK disebabkan oleh makanan berlemak, sebaliknya makanan yang tinggi kalori dan kurang bersenam.
Ini kerana kalori yang tidak digunakan (tidak dibakar dengan aktiviti fizikal) akan disimpan sebagai glikogen dan akhirnya menjadi lemak.
Kajian terbaru juga menunjukkan bahawa kenaikan paras kolesterol bukan disebabkan oleh makanan berlemak, sebaliknya kalori yang tidak digunakan.
Ini kerana perubahan cara hidup kita yang dah tiada masa untuk bersenam. Tangga pun dah jadi eskalator. Duduk depan TV makan potato chip… Budak2 kecil duk makan aiskrim, gula2 segala… Lepas tu main games komputer.
Jadi kalori yang diambil tidak dibakar sebaiknya.
Berbalik kepada topik, sekiranya anda sudah mendapatkan rawatan doktor, maka teruskanlah. Melainkan anda nak cuba cara alternatif dengan mendapatkan doktor yang mengamalkan pendekatan holistik. Bila dah sakit, ikutilah nasihat pakar yang kita jumpa, itu lebih baik.
Sebelum sakit, jagalah diri kita, bekalkan dengan nutrien secukupnya
||| Email : sauberlina(@)gmail.com ||| Call/SMS : 012-2811136
~ Mencegah lebih baik dari mengubat. Bak Sabda Rasulullah, perut punca segala penyakit, jadi mari pastikan kita makan makanan yang baik2, halal dan tinggi khasiat ~
insya-Allah, biidznillah
Hubungi saya menerusi:







{ 0 comments… add one now }