Manusia Alami Penuaan Akibat Radikal Bebas?

by Mommy Lyna

Manusia mengalami pertambahan usia secara semulajadi. Serentak dengan bertembahnya usia, sel-sel badan juga mengalami kemerosotan. Bila sel mengalami kemerosotan, kita mula terdedah kepada penyakit yang dikategorikan sebagai ‘penyakit degeneratif’. Penyakit degeneratif tidak disebabkan oleh jangkitan kuman, bakteria mahupun fungi. Ia berlaku akibat kemerosotan pada sel itu sendiri.

Antara penyakit degeneratif adalah:-

  • Alzheimer (nyanyuk)
  • Penyakit jantung
  • Kanser
  • Darah tinggi
  • Kencing manis
  • Neoplasia
  • Tumor
  • Parkinson

Penyakit-penyakit di atas kebiasannya melanda warga tua kerana badan mereka sudah ‘lama digunakan’, dah lusuh orang kata. Tapi… sekarang kita dapati, bukan saja orang muda, malah kanak-kanak pun ada yang mengalami penyakit degeneratif ni.

Kenapakah penyakit2 degeneratif kini boleh melanda orang muda, malah kanak-kanak?

Kita ada lebih kurang 37 trilion sel dalam badan kita. Setiap sel badan kita umpama sebuah kilang yang menjalankan pelbagai fungsi agar kita dapat hidup secara normal. Seperti sebuah kilang, sel kita memerlukan bahan mentah dan mengeluarkan sisa. Bahan mentah inilah nutrien yang kita ambil dari makanan kita. Dan secara semulajadi, sel kita ni mempunyai sistem pengurusan sisa yang sangat mantap. Namun begitu….

… bila badna kita terdedah kepada pelbagai pencemaran dan radikal bebas, sisa yang dikeluarkan menjadi terlalu banyak. Walaupun bahan mentah makin sikit (makanan makin tak bernutrisi) tapi sisa pula melebihi paras normal. Bayangkan kalau kilang terlalu banyak bahan buangan… pengurusan sisa dah jadi tak efisyen. Mungkin mereka main campak saja ke sungai. Apa jadi pada ekologi bumi kita?

Begitulah juga bila terlalu banyak sisa yang dihasilkan oleh sel… ke mana sisa2 tu nak pergi? Kalau bukan merosakkan badan kita sendiri…

Oleh itu kita mestilah mengawal aktiviti sel ini dengan membekalkannya bahan mentah berkualiti dan tenaga kerja secukupnya.. agar sel kita mampu bekerja dengan baik semula. Apa yang perlu kita lakukan?

  • Mengambil makanan berkhasiat dan jauhkan makanan rapu.
  • Kurangkan atau hentikan pengambilan makanan diproses.
  • Mengambil suplemen.
  • Minum air secukupnya.
  • Melakukan aktiviti fizikal.
  • Menjauhkan diri dari kawasan yang tercemar.
  • Sentiasa berfikiran positif.
  • Berpegang teguh pada ajaran agama.

Jangan berkira nak dapatkan suplemen yang berkualiti OK? Suplemen memang banyak… tapi banyak juga yang tambah merosakkan badan. Jadilah pengguna yang bijak.

Previous post:

Next post: