Makanan Yang Asalnya Sihat Tapi Tak Sihat

by Mommy Lyna

Makanan yang asalnya sihat tapi sebenarnya tak sihat? Agak tricky kan?

Di zaman moden ni, agak susah untuk kita mendapatkan makanan yang benar2 sihat dan bersih. Ini kerana faktor masa, kerana kebanyakan orang hari ini adalah bekerja sepenuh masa, malah hungga waktu malam. Tak kira tua atau muda, lekaki atau perempuan. Malah ibu-ibu moden juga bukan calang-calang. Tak ramai ibu yang duduk di rumah menjaga kebajikan anak-anak dan keluarga semata-mata, terutama yang berpendidikan tinggi. Yelah, dah ada kelayakan, penat belajar, takkan nak simpan saja ilmu yang dipelajari.

Keadaan ini menyebabkan kita hari ni banyak bergantung kepada makanan segera. Makanan segera ni tak tertakluk pada makanan2 dari restoran makanan segera sahaja, tapi ia termasuklah makanan2 dalam tin, makanan yang sedia dimakan, yang boleh didapati dari mana2 pasaraya atau kedai runcit.

Makanan-makanan yang diproses ini biasanya mempunyai beberapa persamaan:

  • Mengandungi pewarna tambahan (ada yang dibenarkan)
  • Mengandungi perisa tambahan (ada yang dibenarkan)
  • Mengandungi bahan awet

Dan sayangnya bahan-bahan tersebut juga terkandung dalam makanan yang tersenarai sebagai ‘makanan sihat’.

Jus

Jus buah-buahan adalah bagus untuk kesihatan kerana ia membekalkan vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan kita. TAPI, jus yang dipek dalam tin, botol dan sebagainya mempunyai kandungan gula yang tinggi, di samping bahan pengawet dan perasa.

Sebaiknya dapatkan jus yang baru diperah dari buah yang sebenar.

Yogurt

Yogurt adalah baik untuk kesihatan kerana ia mengandungi kalsium, protein dan vitamin. Yogurt adalah pilihan terbaik bagi mereka yang mengalami lactose intolerance. Walau bagaimana pun, yogurt yang diproses, terutama yang mengandungi cebisan buah-buahan di dalamnya mempunyai kandungan gula yang tinggi, dan bahan pengawet serta bahan-bahan untuk menjadikan tekstur yogurt sebegitu.

Dapatkan yogurt perisa asli dan campurkan buah-buahan sendiri.

Isi ketam & fishball

Ketam dan ikan adalah bagus untuk kesihatan, sebaliknya isi ketam dan fishball yang diproses dan dibentuk, lebih banyak mengandungi bahan lain daripada ketam atau ikan.

Dapatkan ikan dan ketam asli dan buatlah fishball sendiri.

Roti

Roti sepatutnya dibuat daripada gandum, yis dan sedikit garam. Namun kebanyakan roti yang di pasaran mengandungi bahan pengawet supaya tahan lama, dan bahan perasa supaya lebih sedap.

Sebaiknya makan roti yang dibuat sendiri atau pilih roti yang lebih cepat berkulat berbanding yang tahan lama, kerana yang cepat berkulat kurang atau tiada bahan awetnya.

Salad segera

Salad segera yang dah siap dipotong mudah didapati di mana-mana pasaraya. Salad memang bagus, tapi salad segera terutama yang dah dipotong-potong kehilangan nutriennya semasa proses mencuci dan memotong. Salad ini juga direndam dalam larutan yang menjadikan ia lebih tahan lama di rak sejuk supermarket.

Sebaiknya dapatkan salad yang masih dalam keadaan asal.

Usah tertipu dengan label!

Pastikan anda benar-benar kenal makanan yang diambil bagi memastikan kesihatan unggul.

  • Kurang lemak – tapi lebih karbohidrat?
  • Tanpa lemak – tapi banyak bahan kimia?
  • Tanpa gula – sebab guna gula alkohol?
  • Diperkaya dengan vitamin – dan bahan kimia?

Namun kita tetap tak boleh lari dari kenyataan yang kita memang bergantung kepada makanan yang diproses…

__________________________________________

Jika anda ingin cuba supplemen natural Shaklee bagi mengatasi masalah kekurangan vitamin dalam makanan dan radikal bebas disebabkan oleh bahan kimia dan pencemaran, HUBUNGI SAYA DENGAN KLIK PADA LINK INI.

{ 0 comments… add one now }

Previous post:

Next post: