Kurangkan Sakit Kepala Akibat Migrain

by Mommy Lyna

Migrain ialah sakit kepala di sebelah bahagian, dan biasanya pengidap migrain mengalami aura contohnya pandangan dan deria lainnya terganggu.

Ada 2 teori popular tentang penyebab migrain,

  1. Teori vaskular – berpunca salur darah ke otak mengecil dan mengembang secara mendadak, lalu menstimulasi reseptor sakit.
  2. Teori neoruvaskular – bermula dari saraf otak yg menghasilkan maklumat bercelaru dan mengganggu pengaliran darah.

Satu kajian oleh seorang doktor dari Sepanyol mendapati, orang yang mengalami migrain aura mempunyai kadar homocysteine yang tinggi. Homocysteine adalah asid amino dalam darah yang dihasilkan semasa metabolisme protein. Tahap homocysteine yang tinggi dianggap sebagai faktor risiko penyakit kardiovaskular. Pengidap migrain mempunyai risiko penyakit kardiovaskular, justeru kaitan migrain dengan homocysteine juga diambil kira oleh doktor dan pengkaji permasalahan ini.

Bagi pengidap migrain, pasti sudah biasa dengan mefenemic acid, diclofenac, Sumatriptan, Rizatriptan dan pelbagai lagi. Dan juga pantang larang makanan seperti tidak boleh yang berkafein, mengandungi MSG, tyramine, aspartan dan sitrus.

Selain itu anda boleh mencuba untuk mengurangkan gejala migrain dengan mengambil Vitamin B spektrum penuh (B Complex) dengan memperbanyakkan makanan dari sumber vitamin B dan juga pengambilan suplemen. Pastikan suplemen yang anda pilih itu cukup bagus hingga tak memberi kesan buruk kepada tubuh anda ya.

Previous post: