Khasiat Air Putih

by Dr Munirah

Badan manusia boleh bertahan beberapa minggu tanpa makanan, tapi hanya beberapa hari jika tanpa air. Komposisi tubuh kita adalah 70% air di mana air diperlukan untuk semua sel, tisu dan organ berfungsi dengan optimum.

Secara sihatnya, semua orang wajib bernafas, berpeluh, buang air kecil dan air besar, yang menyebabkan kita sentiasa kehilangan air, sebab itulah kita perlu mengganti air di dalam badan dan minum dengan banyak.

drops-of-water-578897_1280

Jadi, di bawah ini dikongsikan beberapa kepentingan air untuk tubuh kita.

  1. Kosong kalori

Sangat bagus jika anda berniat untuk menurunkan berat badan, kerana air putih adalah kosong kalori, minum banyak pun tak jadi masalah. Malah menurut kajian, minum 2 cawan air sebelum mengambil makanan berat mampu menurunkan berat badan. Ini kerana air akan memberikan rasa kenyang seterusnya mengurangkan pengambilan kalori.

  1. Bersihkan buah pinggang

Minum air secukupnya dapat membantu melincirkan buah pinggang untuk ‘flush out’ atau buang bahan kumuh dan toksin dari dalam badan seterusnya menyediakan medium penapisan yang sihat dan efisen. Jika urin kita berwarna kuning pekat dan keruh, tolonglah cepat-cepat minum air kerana itu bermaksud buah pinggang kita sedang bekerja keras untuk menapis toksin dalam badan. Urin yang sihat berwarna kuning cerah ke ‘colourless’.

  1. Membantu penghadaman

Pengambilan secawan air suam ketika perut kosong setiap pagi akan mempercepat proses pemecahan makanan dalam perut seterusnya memudahkan proses penghadaman. Minum air suam juga dapat membantu membuang air besar dan mengelakkan masalah sembelit. Sebaliknya, jika kita minum air sejuk semasa atau selepas makan, ianya hanya akan mengeraskan minyak dan lemak yang dimakan seterusnya melekat di usus dan mengganggu penghadaman.

  1. Melindungi tisu dan organ

Air bukan sahaja mengekalkan suhu badan, malah memastikan tisu dan organ kita kekal lembap. Sebagai contoh, ketika berpuasa kita akan merasa kering tekak,kering mata dan rasa kurang bermaya. Ini kerana kita mengalami dehidrasi lalu menjadikan mata,mulut, salur darah, tulang termasuklah otak kita tidak dapat berfungsi dengan baik. Jadi banyakkanlah minum air ketika berbuka puasa untuk mengganti amaun air yang hilang di siang hari.

  1. Otak sangat perlukan air

Otak kita mengandungi kurang lebih 85% air dan fungsi otak semakin baik jika mendapat cukup air. Air akan memberi otak tenaga, membantu menghasilkan hormon dan neurotransmitter seterusnya membantu untuk lebih fokus dan lebih kreatif. Kekurangan air juga antara punca kita sakit kepala, migraine, mudah marah, depresi, masalah tidur dan keletihan. Secara asasnya, jika mahukan otak yeng berfungsi dengan optimum, pastikan kita mendapat air yang cukup.

 

Persoalannya, banyak mana nak minum air ?

Sebenarnya tiada jawapan tepat pun banyak mana kita nak minum air kerana ia bergantung kepada banyak faktor. Sebagai contoh, kita perlu minum banyak air jika kita banyak bersenam atau melakukan aktiviti fizikal, berada dalam cuaca panas, hamil, dan sedang menyusukan bayi. Senang kira, badan kita masih belum cukup air selagimana urin belum menjadi ‘colourless’. Kalau kuning pekat tu lagi laahh kena banyak2 minum air.

Ayuh, pastikan kita sentiasa membawa bekal air ke mana2 dan jadikan minum air sebagai satu amalan untuk gaya hidup yang lebih sihat.

Previous post:

Next post: