Kepentingan Kalsium

by Dr Munirah

Kalsium adalah mineral yang sangat diperlukan oleh tubuh. Setiap hari, kita akan kehilangan kalsium melalui kulit, kuku, rambut, peluh, urin dan juga najis. Namun, tubuh kita tidak dapat menghasilkan kalsium yang baru. Sebab itulah kita perlu mendapatkan kalsium melalui diet setiap hari.

Dan tahukah anda, hampir 99% kalsium dalam badan tersimpan di tulang dan gigi, dan selebihnya di dalam aliran darah yang berfungsi untuk membawa nutrient ke dalam sel membrane. Dan sekiranya pengambilan kalsium kita tidak cukup, tubuh kita akan automatik mengambil kalsium daripada tulang lalu mengurangkan ketumpatan tulang dan sekiranya berterusan akan meningkatkan risiko osteoporosis.

 

SUMBER KALSIUM

sumber: google image

sumber: google image

 

Antara sumber terbaik untuk mendapatkan kalsium adalah susu, termasuklah produk tenusu lain seperti cheese, yogurt dan juga sayuran hijau seperti kailan dan brokoli. Walaupun kalsium boleh didapati melalui diet, namun agak sukar untuk mencapai jumlah keperluan harian. Tahukah anda, kita perlu minum 3 gelas susu sehari untuk mendapatkan sumber kalsium yang cukup? Jarang-jarang kita nak jumpa orang yang konsisten minum 3 gelas sehari, kan.

 

SIAPA YANG PERLUKAN KALSIUM ?

Kalsium sepertinya sangat sinonim dengan wanita kerana faktor ‘wanita dan hormon’ tak boleh dipisahkan. Namun perlu diingatkan bahawa lelaki juga perlukan kalsium yang cukup.

sumber : google image

sumber : google image

 

Bagi golongan dewasa, keperluan harian adalah sekitar 1000-1200mg sehari. Dan keperluan ini meningkat untuk warga tua, wanita mengandung dan wanita yang menyusukan anak.

 

KEBAIKAN KALSIUM

  1. Sangat-sangat diperlukan untuk tulang dan gigi yang kuat
  2. Melegakan sakit belakang dan lenguh-lenguh termasuklah sakit sendi seperti arthritis.
  3. Mengawal berat badan dan elak obesity
  4. Melindungi otot jantung dan mengawal tekanan darah
  5. Mencegah kanser usus ; merencatkan pertumbuhan polyps penyebab kanser
  6. Mengurangkan symptom PMS seperti sakit pinggang, pening-pening, mood swing dan depresi.
  7. Mengawal gastric ; kalsium bersifat alkali bertindak mengawal keasidan PH level di dalam perut
  8. Membantu mendapatkan tidur yang lena

 

SIMPTOM DAN AKIBAT KEKURANGAN KALSIUM

  1. Sering sakit otot, sakit sendi, lenguh-lenguh dan mudah cramp
  2. Sering mengalami tekanan dan tinggi
  3. Gigi mudah longgar dan mengalami penyakit gusi
  4. Selalu cramp ketika PMS
  5. Insomnia ; mengalami masalah tidur
  6. Bagi kanak-kanak dan remaja yang tidak mendapat kalsium secukupnya akan berisiko tinggi untuk mendapat osteoporosis di usia tua.

osteoporosis

 

1 daripada 3 wanita dan 1 daripada 12 lelaki berusia 50 tahun ke atas menghidapi osteoporosis. Osteoporosis adalah satu penyakit di mana ketumpatan tulang berkurang dan rapuh lalu menyebabkan ianya mudah patah. Osteoporosis berlaku secara senyap menyebabkan ramai antara kita yang tidak mengambil berat akan keperluan kalsium untuk tubuh.

 

Oleh itu, banyak-banyak kan lah minum susu atau masukkan makanan yang membekalkan kalsium secukupnya ke dalam diet anda.


 

Ataupun sebagai suplemen tambahan, boleh ambil Ostematrix Shaklee. Bukan sahaja membekalkan kalsium, malah ada Vitamin D dan Magnesium yang membantu penyerapan kalsium dan memberikan kesihatan tulang yang optimum, inshaAllah.

ostematrix kalsium vitamin d

Whatsapp 013-4238962 utk order dan konsultasi percuma.

 

Previous post:

Next post: