Kenapa Soya Tidak Baik Untuk Lelaki?

by Mommy Lyna

Nutrisi adalah sains, bukan kepercayaan semata-mata. Walau bagaimanapun, bila masuk bab soya, ia tak jadi berasaskan fakta tapi tanggapan dan kepercayaan saja… (dan benda yang viral!). Biasanya yang disebarkan tentang soya ialah, ia menyebabkan lelaki menjadi seperti wanita (pondan) dan menurunkan kesuburan lelaki, kerana ia meningkatkan paras estrogen (hormon wanita). Benarkah perkara ni? Teruskan membaca dan saya akan terangkan.

“Soya tak elok untuk lelaki?”

Soya Menyebabkan Lelaki Menjadi Lembut

Kandungan phytoestrogen di dalam soya dikatakan satu perkara yang menjadi kerisauan, kerana ditakuti mempengaruhi kelelakian kaum adam yang mengambilnya. Kaum lelaki memerlukan hormon testosteron untuk menjadikan kelelakiannya berfungsi, manakala wanita pula memerlukan hormon estrogen. Tapi, bagaimana kalau hormon estrogen ni ada pada lelaki? Takut, kan? Lelaki lembut! Sotong! Pondan!

Tapi sebenarnya, banyak kajian dibuat untuk membuktikan perkara ni… Dan hasilnya:

“Soybean isoflavone exposure does not have feminizing effects on men: a critical examination of the clinical evidence.” Fertil Steril. 2010 May 1;93(7):2095 –104.

Laporan tersebut membuktikan bahawa isoflavon dalam soya tidak memberi kesan ‘kewanitaan’ kepada kaum lelaki.

Soya Menurunkan Paras Hormon Kelelakian

Bila hormon kelelakian menurun, lelaki menjadi mandul, tak subur. Menjejas produktiviti. Benarkan pengambilan soya menjejeas kesuburan lelaki?  Yang bagusnya ia cuma tanggapan semata-mata.

“Clinical studies show no effects of soy protein or isoflavones on reproductive hormones in men: results of a meta-analysis.” Fertil Steril. 2010 Aug;94(3):997–1007″

Laporan yang dihasilkan selepas ujian klinikal untuk mengkaji kesan soya terhadap lelaki —> PROTEIN SOYA TIDAK MEMBERI KESAN KEPADA HORMON LELAKI.

Malah, sebenarnya pengambilan soya sangat penting untuk lelaki, berdasarkan laporan kajian ini:

“Soy protein isolate and protection against cancer.” J Am Coll Nutr. 2005 Apr;24(2):146S –9S.

“Feasibility of a low-fat/high-fiber diet intervention with soy supplementation in prostate cancer patients after prostatectomy.” Eur J Clin Nutr. 2008 Apr;62(4):526 –36.

Protein Soya mengurangkan risiko kanser prostat!

Nampaknya cerita-cerita buruk tentang soya hanyalah tanggapan semata-mata. Berhentilah menyebarkan keburukan soya yang tidak berasas, kerana mungkin kita telah menjauhkan orang lain dari perkara-perkara yang boleh membantu dalam meningkatkan kesihatan mereka.

Jadi, kenapa nak sebarkan lagi bahawa soya tidak baik untuk lelaki? Kenapa nak kata soya tak baik untuk lelaki?

Previous post:

Next post: