Kenapa Soya Bahaya? Satu Pendedahan Tentang Kemudaratan Soya

by Mommy Lyna

Soya merupakan bahan makanan yang paling ditakuti oleh sebilangan orang. Malah dalam satu artikel tentang “ciptaan Allah semua baik” turut terselit soya sebagai satu-satunya perkara buruk lagi mudarat yg diciptakan.

soybeans-2039641_1280

Banyak sangat artikel tentang keburukan soya di internet. Namun mungkin mereka terlepas pandang:-

  • Soya merupakan sumber protin utama bagi vegan.
  • Soya juga ciptaan Allah.

Terdapat banyak teori dan kajian dibuat ke atas soya dan keputusannya berbeza2. Ada yg menyatakan bahawa soya baik untuk kesihatan, ada yang menyatakan sebaliknya.

Apakah benar soya bahaya?

Kita selidiki dulu mitos2 tentang soya:

1. Soya mengandungi estrogen

SALAH

Soya tidak mengandungi estrogen, sebaliknya fitoestrogen dalam soya dan tumbuhan lain tidak sama dengan hormon estrogen manusia. Fitoestrogen adalah antioksidan yang sangat bermanfaat kepada manusia kerana ia membantu menurunkan risiko kanser dengan ‘menyekat’ hormon estrogen.

[P/S: susu lembu mengandungi hormon estrogen yang tinggi]

2. Soya menyebabkan kemandulan

SALAH

Pada tahun 2010, satu kajian meta analisis daripada 15 ujian kawalan placebo menerangkan bahawa, samada isoflavon atau fitoestrogen, keduanya tidak ada kaitan dalam masalah kemandulan.

3. Soya menyebabkan kanser

SALAH

Daripada kajian2 yang dijalankan, didapati bahawa soya membantu dalam pencegahan kanser kerana ciri2 antioksidan yang ada padanya.

4. Soya semuanya GMO

SALAH

Masih terdapat soya yang non-GMO. Walaupun rare tapi masih ada.

5. Soya menyebabkan reput tulang

SALAH

Negara yang paling ramai rakyatnya mengambil susu lembu lebih ramai mengalami osteoporosis, berbanding negara yang rakyatnya mengambil soya.

6. Soya bukan makanan sunnah

susah nak jawab yang ni. Malang sungguh orang Melayu yang makan nasi dengan ikan goreng.

Agaknya sejak bila mitos tentang soya ini mula diperbesarkan?

Kebanyakan anti soya dimulakan oleh satu pertubuhan di Amerika, namanya WAPF, yang muncul sebagai pejuang makanan sihat. Mereka sangat kuat menghentam soya, apa lagi tatkala teknologi makanan mula mengembangkan penggunaan soya sebagai alternatif kepada protin haiwan.

Kebanyakan ahli WAPF adalah peladang yang mengadakan kempen besar-besaran terhadap penggunaan daging lembu dan susu lembu. WAPF turut mengeluarkan kenyataan berupa ‘jurnal perubatan’ untuk menyokong fakta mereka.

Kesimpulannya? Amalkanlah soya kerana ia baik untuk kesihatan. Pengamal soya dalam jangkamasa panjang terbukti memiliki kesihatan lebih baik.

Mau ESP? Whatsapp ke 012-2811136 sekarang juga.

Previous post:

Next post: