Kenapa Perlu Scaling/Cuci Gigi ?

by Dr Munirah

Bilakah kali terakhir anda berjumpa doktor gigi atau melakukan rawatan cuci gigi ? Sekiranya jawapan anda “dah melebihi setahun”, apakata singgah ke klinik gigi dan dapatkan nasihat berkenaan kesihatan mulut. Mana tahu kalau2 anda memerlukan rawatan cuci gigi. Kenapa perlu buat rawatan cuci gigi ? Jemput baca…

1) Bila ada karang gigi, of course kita takkan dapat bersihkan gigi dengan sempurna sebab ada permukaan gigi yang tidak dapat diberus. Ini akan menyebabkan plak gigi terkumpul yang mengundang pembiakan bakteria dalam mulut.

2) Bila tak dapat gosok gigi dengan sempurna pastinya akan menyebabkan nafas berbau dan rasa tidak selesa.

3) Karang gigi jika dibiarkan akan menyebabkan penyakit gusi dipanggil Gingivitis. Gingivitis ni adalah di mana gusi akan kelihatan bengkak, kemerah-merahan dan mudah berdarah.

Gingivitis. Gusi kelihatan bengkak, kemerah-merahan dan mudah berdarah.

Gingivitis. Gusi kelihatan bengkak, kemerah-merahan dan mudah berdarah.

5) Gingivitis jika tidak dirawat, akan mengakibatkan penyakit gusi yang lebih merisaukan dipanggil Periodontitis. Periodontitis ni kondisi di mana gusi semakin menurun (gum recession) dan turut melibatkan tulang, jadi selain gusi bengkak, mudah berdarah, tulang juga akan semakin merosot menyebabkan gigi longgar.

Periodontitis. Menyebabkan 'Gum Recessin' dan gigi makin longgar.

Periodontitis. Menyebabkan ‘Gum Recessin’ dan gigi makin longgar.

6) Dann tahukah anda yang kesihatan mulut turut mempengaruhi kesihatan jantung, berisiko melahirkan bayi pramatang, dan mungkin boleh jadi penyebab diabetes. Kalau nak cerita mekanisme nya saya perlu buka buku, tapi secara asas nya, bakteria daripada ruang mulut masuk ke dalam salur darah dan berupaya menganggu kesihatan organ badan kita yang lain.

 

Boleh baca sini –>The link between Periodontal Disease and Systemic Conditions

Apa lagi, jemputlah melawat doktor gigi berdekatan anda !

Kami Sedia Membantu

Previous post: