Kenapa Dr Sinclair dari Harvard Keluar Dari Shaklee?

by Mommy Lyna

Mungkin anda pernah terbaca tentang berita – Harvard Anti-Aging Researcher Quits Shaklee Advisory Board – di website Wall Street Journal, atau Bloomberg, atau mana-mana sajalah. Dr Sinclair mendakwa Shaklee telah menyalahgunakan nama dan jawatan beliau untuk mempromosikan produk Shaklee – Vivix.

vivix

Inilah Vivix

Kesudahannya, Dr Sinclair menarik diri dari Shaklee setelah 6 bulan dilantik menjadi Board Member di Shaklee Corporation.

Apa sebenarnya yang terjadi? Apa yang Shaklee telah gunakan? Kenapa Dr Sinclair begitu marah sekali?

Begini ceritanya…

Dr Sinclair pada masa tu adalah seorang profesor madya di Genetics Department, Harvard Medical School, USA. Beliau telah membuat kajian tentang resveratrol dan mendapati resveratrol mempunyai peranan memperbaiki DNA.

Beliau kemudian menghubungi Shaklee untuk bekerjasama dalam produk yang Shaklee baru nak lancar pada masa tu – Vivix. Maka pada tahun 2008, Vivix dilancarkan, dan Dr Sinclair menjadi Board of Director di Shaklee.

Sebagai board of director, dan salah seorang yang terlibat dengan Vivix, pastilah beliau kena banyak bercakap tentang Vivix ni. Maka muncullah Dr Sinclair di radio, conference dan sebagainya. Apa lagi kalau bukan bercakap tentang vivix.

Dalam satu conference beliau berucap:

 “over a year ago, we set out together to do this, to make a product that you could actually activate these genetic pathways that can slow down aging.” In a video of the conference — posted on the Internet — he added, “Together, as part of the Shaklee family…we can take this technology right now, to our friends, to our family, and really have the benefits of this new technology right now, within our lifetimes, and you’ll learn more about the Vivix product later.”

Kalau anda adalah pengedar Shaklee, apa yang anda akan buat? Pastilah anda akan ambil apa yang beliau cakap tu kan? Maklumlah, beliau kan doktor. Of course mereka manusia paling bijak di dunia.

DOKTOR

Namun begitu beliau didapati bersalah kerana sebagai seorang profesor Harvard, beliau tidak boleh endorse sebarang produk. Malah lebih dahsyat kerana kajian beliau terhadap resveratrol adalah daripada geran NIH (National Institute of Health) yakni sebuah agensi kerajaan. Menjadi konflik apabila seorang profesor menggunakan kajian dari geran kerajaan, pada masa yang sama ada connection dengan syarikat swasta.

Maka Dr Sinclair menarik dari dari Shaklee dengan mendakwa yang Shaklee menyalahgunakan namanya. Hanya selepas 6 bulan menyertai Shaklee. Namun begitu pihak Shaklee menafikannya, kerana apa yang Shaklee claim adalah daripada kata-kata dan tulisan beliau sendiri.

Kebenarannya? Anda fikirlah sendiri.

Previous post:

Next post: