Kenali Virus Zika

by Dr Munirah

Virus Zika dah masuk Malaysia ! Ini sangat serius dan semua orang wajib tahu dan ambil tahu mengenai Zika. Teruskan membaca (:

Aedes Aegypti. sumber : Web MD

Aedes Aegypti.
sumber : Web MD

Virus Zika disebarkan melalui gigitan nyamuk Aedes Aegypti ; nyamuk yang sama penyebab denggi dan Chikugunya. Virus Zika pertama kali ditemui menjangkiti seekor monyet di Uganda pada 1947. Manakala kes pertama menjangkiti manusia adalah di Nigeria pada 1954. Semua jangkitan adalah dalam skala kecil dan tidak dianggap ancaman serius sehinggalah pada Mei 2015, Zika ditemui di Brazil dan sejak itu, ia mula merebak dengan cepat.

 Simptom

Simptom zika biasanya tidaklah serius dan akan sembuh sepenuhnya. Malah, hanya 1 dari 5 jangkitan sahaja yang akan memberi simptom. Iaitu

  1. Demam
  2. Ruam pada kulit
  3. Sakit sekitar sendi dan otot
  4. Sakit kepala
  5. Mata kemerahan

Akibat

Yang menjadi kerisauan adalah sekiranya virus Zika ini menjangkiti wanita hamil. Ia akan menyebabkan bayi dalam kandungan menghidap microcephaly.

Apa itu microcephaly ?

Bayi Microcephaly sumber : Web MD

Bayi Microcephaly
sumber : Web MD

 

Micro bermaksud kecil, manakala cephaly adalah kepala. Apabila Zika menyerang ibu mengandung, ia akan mengakibatkan kecacatan pada tumbesaran otak bayi dan gagal terbentuk secara normal seterusnya menyebabkan bayi lahir dengan kepala kecil.

Sekiranya kecacatan pada otak bayi terlalu serius, ia mampu menyebabkan kematian. Namun, bagi bayi yang berjaya ‘survive’, mereka akan mengalami masalah intelektual dan perkembangan yang lambat.

Rawatan

Setakat ini, masih tiada rawatan khusus mahupun vaksin untuk virus Zika. Pesakit akan dinasihatkan untuk dapatkan rehat yang secukupnya dan minum air dengan banyak.

Pencegahan

Cara yang paling utama untuk mencegah Zika adalah hapuskan tempat pembiakan, tuang semua bekas dan pasu yang menakung air. Selain itu, gunakan insect repellent untuk menghalau nyamuk. Pakai baju lengan panjang dan tutup tingkap dan pintu  untuk meminimakan digigit nyamuk.


 

 

Sekiranya mengalami simptom-simptom seperti di atas, terus dapatkan nasihat doktor terutama ibu mengandung dan jika anda baru pulang dari berkunjung ke negara2 yang telah ada kes Zika seperti Brazil dan Singapura dapatkan ujian saringan Zika di klinik berdekatan.

 

 

 

 

 

Previous post:

Next post: