Kenali Simptom Penyakit Hati Kronik Boleh Selamatkan Nyawa

by Mommy Lyna

 

Hati adalah organ dalaman terbesar dalam badan kita. Hati memainkan peranan yang sangat penting yang menjalankan pelbagai fungsi.

Fungsi utama hati adalah untuk menyahtoksik  dan meningkatkan upaya sistem pencernaan cecair hempedu yang membantu memecahkan lemak makanan kita menjadi kepingan kecil. Proses ini memudahkan untuk usus kecil anda untuk menyerapnya. Tetapi bukan itu sahaja. Berikut adalah antara fungsi hati secara ringkas:

  • Ia menyahtoksin darah, menapis bahan-bahan yang berbahaya dan tidak diingini
  • Ia menghasilkan hempedu untuk membantu penghadaman
  • Ia menyimpan beberapa vitamin dalam badan
  • Ia menyimpan glukosa
  • Ia menukarkan glukosa menjadi gula yang badan akan guna bila tahap gula dalam badan  berkurangan akibat keletihan
  • Ia memproses hemoglobin, insulin, dan pelbagai hormon lain
  • Ia menukarkan ammonia kepada urea; ramuan penting untuk metabolisme yang sihat
  • Ia menghapuskan sel-sel darah merah lama, yang menjadikan najis kita berwarna sebegitu. Inilah sebabnya apabila najis anda berubah warna,ia boleh menjadi petunjuk ada sesuatu yang tak kena dengan fungsi hati kita.

Penyakit hati jika dikesan dari awal boleh dirawat dan boleh disembuhkan. Syaratnya punca penyakit tersebut mesti diketahui terlebih dulu. Banyak jenis penyakit yang berkaitan dengan hati ni.

Penyakit dalam hati biasanya disebabkan oleh:

  • Keradangan pada sel hati seperti yang dialami pesakit hepatitis
  • Pengaliran hempedu yang tersekat seperti dalam kes cholestasis
  • Penimbunan lemak dan kolesterol
  • Gangguan peredaran darah ke hati
  • Tisu hati mengalami kerosakan kerana toksin berlebihan

Simptom dan petanda kerosakan pada hati:

  • Nafas berbau
  • Lingkaran hitam di bawah mata
  • Bau badan berlebihan
  • Noda hitam/coklat pada kulit
  • Lidah kelihatan bersalut
  • Najis berubah warna
  • Keradangan di tapak tangan  dan tapak kaki
  • Bebola mata membengkak
  • Jaundis
  • Sakit di kuadran tangan yang paling atas kanan abdomen
  • Peluh berlebihan

Kesan-kesan yang disebabkan oleh hati yang tidak sihat:

  • Batu hempedu
  • Cirrhosis yakni sel hati mengalami degenerasi
  • Metabolisma menjadi tidak menentu
  • Masalah sistem penghadaman seperti sembelit, buasir, refluks, etc
  • Masalah dengan kadar gula dalam darah
  • Bermasalah dengan imuniti tubuh, misalnya mudah terkena alergi

Sekiranya anda ada mengalami simptom dan kesan dari hati yang bermasalah, dapatkanlah rawatan dengan segera. Jagalah hati kita kerana kita cuma ada satu hati.

Previous post:

Next post: