Kenali Simptom Healing Crisis Selepas Ambil Shaklee

by Mommy Lyna

Bila kita tak sihat, sebenarnya itu cuma simptom-simptom yang memberi isyarat bahawa ada sesuatu yang tak kena dengan sistem badan kita. Bila kita demam, badan bengkak, sakit badan, mata bertahi, masalah kulit.. dan sebagainya, ia hanyalah petanda ada sesuatu yang sedang terjadi dalam badan kita. Simptom-simptom ini adalah respon badan kita untuk mempertahankan tubuh kita.

Simptom kesakitan yang ditunjukkan oleh badan kita ni bukan penyebab sakit yang sebenarnya. Contohnya kalau kita demam, badan jadi panas. Demam itu bukan penyakitnya, tapi demam itu adalah respon badan kita bila berlaku jangkitan kuman dalam badan kita. Suhu badan akan meningkat untuk menyediakan suasana yang tidak kondusif kepada kuman-kuman tersebut.

Menurut Dr Henry Lindlahr, seorang pakar perubatan naturopatik, simptom2 penyakit itu adalah satu cara tubuh kita untuk melalukan kerja-kerja pembersihan. Kerana itu, menurut Dr Lindlahr, kita tak boleh nak ‘ubati’ simptom, tapi sembuhkan punca penyakit. Bila kita cuba nak ‘ubati simptom’ sebenarnya kita mendatangkan lebih banyak masalah kepada badan kita kerana punca penyakit yang sebenar tidak diubati pun.

Dr Lindlahr

Oleh itu, kita kena tahu apa sebenarnya penyakit yang kita hadapi, bukan dari simptom-simptom saja. Sebab itu kita kena jumpa doktor bila kita sakit, supaya doktor boleh sahkan apa sebenarnya penyakit kita.

Justeru, apabila kita mengambil suplemen terutama produk Shaklee, kita mungkin akan hadapi pelbagai simptom yang kita anggap sebagai ‘sakit’. Sebenarnya bukan.. macam badan kita respon kepada kuman dalam badan dengan menjadikan badan kita panas… badan kita juga akan menunjukkan tanda-tanda ‘sakit’ bila kita ambil suplemen.

Kenapa boleh jadi macam tu?

Bila kita berikan sel badan kita nutrien yang cukup, sel kita akan mula membuang toksin yang ada. Toksin ni akan mengalir dalam salur darah kita sebelum ia dikeluarkan melalui organ-organ nyahtoksin kita. Sepanjang benda tu ada dalam darah, kita mungkin akan rasa badan tak sedap, pening, mengantuk dan sebagainya. Kita juga mungkin akan rasa anggota yang sakit akan jadi lebih sakit.

Bila dia dah keluar pula, ia mungkin keluar melalui najis. Najis mungkin berubah warna dan bau. Mungkin juga ia akan keluar melalui kulit. Kalau keluar melalui kulit, kita mungkin akan mengalami ruam, gatal-gatal, jerawat, jeragat dan sebagainya.

Itu semua adalah tanda badan kita sedang membuat operasi ‘cuci rumah’. Cuba bayangkan masa kita buat operasi cuci rumah kita.. bukan ke masa tengah operasi tu kita cuci segala habuk, keluar habuk2 yang selama ni tersorok… Macam tu lah juga tubuh badan kita.

Jangan takut bila mengalami healing crisis, itu adalah petanda baik. Macam juga kita cuci rumah, kita rasa OK je dengan rumah yang tak dicuci secara besar-besaran, tapi sebenarnya dalam diam kita sedang hidu habuk2 dan membela hama yang tak nampak.

Previous post:

Next post: