Apakah metabolisma? Secara mudahnya metabolisma ialah proses yang berlaku dalam badan kita secara kimia seperti ‘pernafasan’ sel, degupan jantung, penyerapan zat makanan dan sebagainya. Metabolisma memerlukan kalori, yakni kira2 60%-75% dari keseluruhan kalori yang digunakan. Oleh kerana itu kita memerlukan kalori dalam diet, walaupun tidak bergerak aktif untuk aktiviti metabolisma.
Kita sering mendengar tentang – metabolisma tinggi, metabolisma rendah, dan sebagainya. Mereka yang mempunyai metabolisma tinggi biasanya dikaitkan dengan – makan banyak tapi kurus. Benarkah begitu? Apakah yang menentukan kadar metabolisma kita?
Di bawah ini adalah panduan Faktor Yang Mempengaruhi Kadar Metabolisma:
UMUR Semakin berusia dan kehilangan jisim badan unggul, metabolisma menurun.
PROSES TUMBESARAN Pembentukan tisu2 baru, seperti yang dialami oleh kanak-kanak dan wanita hamil meningkatkan metabolisma.
HORMON TIROID Hyperthyroid meningkatkan metabolisma sehingga 50%; Hypothyroid menurunkan metabolisma sehingga 50%.
STRESS Stress pada tubuh, misalnya mengalami masalah kesihatan seperti jangkitan dan sebagainya, meningkatkan metabolisma.
KETINGGIAN Individu yang lebih tinggi mempunyai kadar metabolisma yang tinggi juga.
CUACA YANG EKSTREM Terlalu sejuk dan terlalu panas meningkatkan metabolisma.
KEBULURAN, KEKURANGAN NUTRISI, BERPUASA Menurunkan kadar metabolisma.
MEROKOK Nikotin meningkatkan metabolisma
KAFEIN Kafein meningkatkan metabolisma.
SETENGAH UBATAN Ubat-ubatan terutama yang berkaitan dengan ‘relaxation’ menurunkan kadar metabolisma.
TIDUR Tidur menurunkan kadar metabolisma
Adakah kadar metabolisma ini penting? Metabolisma tinggi dan rendah berkaitan dengan penggunaan kalori oleh tubuh. Mereka yang mempunyai metabolisma tinggi rata2 menggunakan 75% daripada keperluan kalori untuk proses metabolisma. Manakala yang mempunyai metabolisma rendah secara purata menggunakan 60%.
Jadi bagi mereka yang mempunyai kadar metabolisma yang rendah, mereka perlu mengoptimumkan penggunaan kalori yang tidak digunapakai oleh sistem metabolisma dengan cara pembakaran kalori yang lain, seperti senaman dan sebagainya. Kegagalan berbuat demikian mungkin menjadikan anda individu yang gemuk. Mereka yang memmpunyai kadar metabolisma terlalu tinggi harus mengambil makanan berkalori untuk memastikan bekalan kalori sentiasa mencukupi, terutama bagi ibu yang menyusukan anak.
Walau apa pun, jalani gaya hidup sihat, makan sihat, aktiviti sihat.
Hubungi saya menerusi:






