Jom Diet Sihat

by Dr Munirah

“Eh, tak makan?”

-“Harini diet lah”

Perkara pertama yang terlintas adalah diet = tak makan = nak kurus. Kalau nak ikut skemanya, istilah diet tu tak sesuai digunapakai dalam ayat di atas. Maksud diet yang sebenar adalah pilihan makanan yang diambil untuk meningkatkan kesihatan seseorang atau menghalang atau merawat sesuatu penyakit. Jadi, bila diet, kita tetap makan, cuma kita pilih jenis makanan dan dalam jumlah yang terkawal.

Pernah dengar perkataan diet sihat ? Diet sihat sihat adalah diet yang mengandungi kesemua 4 kriteria ini ; mencukupi, seimbang, sederhana, pelbagai. Jadi macam mana nak tahu sama ada makanan kita setiap hari ni sihat ke tak, seimbang ke tak, pelbagai ke tak ? Maka terwujudlah piramid makanan iaitu sebagai panduan untuk kita ikut dan memastikan diet kita adalah diet yang sihat.

Piramid makanan

Piramid makanan

Berikut adalah cara memahami piramid makanan :

1. Setiap tingkat mewakili kepelbagaian kumpulan makanan.

2. Di sebelah kumpulan makanan, ditulis jumlah yang perlu di ambil setiap hari.

3. Jika dibaca dari tapak ke puncak piramid, saiz kumpulan makanan semakin kecil, bermaksud kumpulan makanan di bawah perlu diambil lebih banyak berbanding yang di puncak.

Adalah sangat penting untuk kita mengamalkan diet sihat kerana setiap makanan, akan menyumbang nutrient dan jumlah tenaga yang berbeza untuk tubuh kita. Ia juga penting untuk mengelakkan penyakit akibat kekurangan nutrient ataupun terlebih nutrient. Atau terlebih zat orang kita panggil (:

Jadi selepas ini, kalau kawan tanya,

“Eh, tak makan?”

-“Aku tengah diet sihat sekarang.”

Gittew.

Previous post:

Next post: