Gempar!!! Produk Shaklee Mengandungi Racun

by Mommy Lyna

Heboh menjadi buah mulut para keyboard warrior (yang belum lagi kenal dengan Shaklee) bahawa produk Shaklee sebenarnya mengandungi racun. Ia dikatakan memberi kesan kepada kesihatan, sehingga menyebabkan ramai orang mengalami kerosakan buah pinggang, paru-paru, ovari, pankreas dan kerosakan otak.

Produk Shaklee… yang sebenarnya… tidak mengandungi racun. Jika ia mengandungi racun, mana mungkin produknya mendapat kelulusan KKM dan hingga kini tidak pernah dirampas atau ditarik balik. Malah, ujian-ujian makmal yang dilakukan setelah ada pesakit dikatakan mengalami pelbagai penyakit akibat pengambilan Shaklee, membuktikan produk Shaklee tidak mengandungi sebarang bahan yang meragukan.

Jadi, bagaimana mungkin ramai orang yang mengambil Shaklee mengalami pelbagai masalah kesihatan?

Sebenarnya, mereka sedang mengalami healing crisis, atau krisis pemulihan. Dengan bahasa mudah, krisis pemulihan berlaku bila tubuh kita mula mengeluarkan toksin dan bahan-bahan bahaya dari tubuh; sebelum sel-sel tubuh kita dipulihkan.

Semasa tempoh krisis pemulihan ini, kita akan merasai pelbagai simptom kesakitan, dan mungkin penyakit-penyakit lama datang kembali. Jangan risau kerana ia sangat normal. Jangan fikir yang bukan-bukan…. Bukan produk Shaklee yang mengandungi racun, tapi tubuh kita yang menyimpan bahan toksin dan sekarang ia sedang dikeluarkan dari tubuh.

Krisis pemulihan tanda tubuh kita sedang dalam proses ke arah penyembuhan.

KRISIS PEMULIHAN

Analoginya, kalau kereta kita mengalami calar yang teruk, dan kita nak cat baru… cat baru tu tidak dilapis terus ke atas cat lama, tapi cat lama akan dikikis dulu. Bayangkan kereta dengan catnya dikikis, cantik atau tak rupanya? Pasti tak cantik kan? Tapi bila dah siap prosesnya, ia kelihatan baru!

Begitulah keadaan tubuh kita bila mengambil nutrisi tambahan yang berkualiti… Rasa tak sedap badan, mungkin demam, muntah, sakit kepala… ia cuma sebentar saja. Selepas itu insya-Allah akan rasa segar dan badan pun rasa sedap.

Shaklee sudah bermula sejak tahun 1915, sudah hampir 100 tahun! Adakah produk yang berbahaya dan beracun boleh bertahan selama ini?

Ia bukan vitamin pasar malam, ia adalah suplemen pilihan ahli sukan yang mewakili negara masing-masing dalam acara sukan Olimpik. Ujian air kencing membuktikan mereka bebas dari pengaruh dadah dan sebarang perangsang. Bukan itu saja, angkasawan NASA juga turut mengambil produk Shaklee. Banyak lagilah kalau nak disenaraikan.

Jadi, jangan percaya benda yang viral ya? Produk Shaklee selamat. Kalau nak tahu, cuba sendiri.

Previous post:

Next post: