Bibir kering, pecah dan mengelupas biasanya dikaitkan dengan kekurangan air, namun tahukah anda bahawa air tidak semestinya penyebab bibir kering, pecah dan mengelupas?
Salah satu penyebab bibir kering dan pecah ialah kerana kekurangan vitamin-vitamin dan mineral di bawah:
- kurang vitamin B terutama asid folik dan riboflavin
- kurang vitamin C
- kurang vitamin E
- kurang zat besi
Bibir kering dan pecah juga antara tanda-tanda anemia. Ia juga boleh jadi akibat dari pengambilan antibiotik yang kerap. Malah juga boleh jadi kerana tindakan sinaran matahari.
Jadi, apa yang boleh anda buat sekiranya menghadapi masalah bibir kering, pecah dan mengelupas ialah:
- Pastikan pengambilan air secukupnya (2L atau 8 gelas sehari sekiranya tidak mengambil supplement dan 3L sehari jika mengambil supplement).
- Menggunakan pelembab bibir yang mengandungi SPF 15 atau SPF 20 untuk melindungi bibir dari sinaran matahari.
- Mengambil vitamin Vitalea, B Complex, Vitamin C (ketiga-tiganya terkandung dalam set A kami), dan juga Vitamin E.
- Mendapatkan tidur dan rehat yang cukup.
- Menjauhi rokok dan sebagainya.
- Kurangkan pengambilan ubat-ubatan, cubalah beralih kepada natural remedy.

Senyumlah seperti Shrek tanpa masalah bibir kering
Dapatkan vitamin2 di atas dengan harga istimewa. Hubungi saya di mommy(@)fahry.net atau SMS ke 012-2811136
Hubungi saya menerusi:







{ 0 comments… add one now }