Cara Kawal Darah Tinggi Tanpa Ubat

by Mommy Lyna

Bila saya berbual dengan rakan-rakan semalam, alangkah terkejutnya apabila diberitahu bahawa kebanyakan suami mereka mengalami satu permasalah yang sama – tekanan darah tinggi.

Masalah tekanan darah tinggi ni biasanya mudah sangat nak kena pada kaum lelaki. Mungkin sebab mereka ni suka makan sedap-sedap (maklumlah, air tangan isteri) dan jarang bersenam. Bukan salah mereka kalau kurang bersenam, tuntutan kehidupan di kotaraya ni menjadikan bersenam tu perkara nombor entah ke-berapa dalam senarai keutamaan.

Lelaki ini, juga seorang bapa kepada anak-anak yang masih kecil, pernah menghidapi masalah tekanan darah tinggi. Orang lelaki kalau cakap tentang ubat, doktor, biasanya agak liat sikit.

Nak mencari penawarnya, pastilah si isteri yang harus memainkan peranan. Klip ringkas ni menceritakan pengalaman beliau bebas dari masalah darah tinggi, dan juga luahan hati isteri beliau.

 SOURCE: iReach HD

Untuk mendapatkan kembali kesihatan yang optimum, bukan semudah makan produk itu atau ini. Tapi mengubah cara hidup, itu yang penting.

Usah kita tunggu-tunggu lagi untuk memulihkan diri sendiri dan insan tersayang. Ingatlah, anak-anak kita masih memerlukan ibu dan bapanya.

Previous post:

Next post: