Bagaimana Menjaga Kualiti Sayuran

by Mommy Lyna

Sayur-sayuran perlu dijaga dengan baik agar nutrien yang terkandung di dalamnya terjaga. Sayur yang ditanam di ladang-ladang tempatan adalah lebih baik dari sayuran dari luar negara yang semestinya mengambil masa yang lama untuk sampai ke sini. Sebolehnya cuma ambil sayuran organik kerana kandungan mineralnya lebih tinggi.

Cara2 menjaga sayuran dan mendapatkan sepenuhnya nutrisi dari sayur:

  1. Basuh sayur hanya apabila hendak dimasak/dimakan sahaja. Membasuh sebelum menyimpan akan menghilangkan minyak pelindung kepada sayuran tersebut.
  2. Kebanyakan nutrien berada di bawah kulit sayuran, sebolehnya mana sayuran berkulit, makan dengan kulitnya sekali

Cara menyimpan sayuran:

Kebanyakan kita main simpan saja semua sayur dalam peti sejuk, tempat simpan sayur di bawah tu biasanya. Betulkah begitu cara simpan sayuran yang betul?

Sayur yang disimpan dalam peti sejuk:

Di laci yang terbuka:

- untuk sayuran yang memerlukan udara yang sejuk dan circulating. Simpan dalam plastik atau paper bag.

  • jagung
  • herba
  • buah-buah beri
  • cendawan

Dalam laci sayuran di bawah fridge:

- untuk sayuran yang memerlukan kelembapan

  • lobak merah
  • timun
  • sayuran hijau daun
  • sayuran hijau kacang
  • salad
  • asparagus

Sayur yang disimpan di luar peti sejuk:

  • Tomato
  • Lemon, limau nipis, limau kasturi
  • Avokado

Sayur yang disimpan di tempat sejuk dan gelap (dalam laci)

  • Ubi kentang
  • Jenis2 ubi
  • Bawang
  • Sayuran akar

Siapa kata dah makan supplement tak perlu makan sayur?

{ 0 comments… add one now }

Previous post:

Next post: