Awas! Minyak Wangi Boleh Jadi Punca Masalah Kesuburan Anda

by Mommy Lyna

Hana kelihatan sangat gembira dalam baju pengantinnya. Dalam dulang hantaran dari kedua-dua pihak ada macam-macam benda, termasuk produk penjagaan diri. Hana sangat sukakan minyak wangi, dari zaman remaja, apatah lagi kini dah jadi isteri orang, pasti nak wangi-wangi selalu dengan suami. Apa lagi suaminya, Farid juga seorng peminat wangi-wangian. Ibu Farid, seorang penjual minyak wangi, sejak dari Farid kecil lagi sudah mendedahkan anaknya dengan pelbagai jenis minyak wangi.

GAMBAR KAHWIN ADI PUTRA

Gambar hiasan

Setahun berlalu. Tiada tanda-tanda Hana hamil. Dua tahun, tiga tahun… menginjak ke usia perkahwinan di tahun yang ke-5, Hana dan Farid mulai resah. Mereka menemui pakar kesuburan.

Setelah menjalani pemeriksaan, rupa-rupanya Farid menghadapi masalah dengan spermanya.

kesuburan lelaki shaklee

Hana juga disahkan mengalami masalah fungsi tiroid hingga memberi kesan kepada kesuburannya.

Mereka bertanya kepada doktor tersebut tentang kemungkinan punca yang menyebabkan mereka mengalami masalah sedemikian. Pakar tersebut menerangkan beberapa perkara yang boleh memberi kesan kepada kesuburan seperti terdedah kepada radiasi, pengambilan ubat dan alkohol, stress, diet, serta terdedah kepada bahan toksin dan bahan kimia seperti phtalates.

Mereka bertanya lebih lanjut tentang perkara-perkara tersebut, dan alangkah terkejutnya apabila doktor memberitahu bahawa…

“Biasanya phtalates ni terdapat dalam minyak wangi”

Hana dan Farid saling berpandangan.

MINYAK WANGI

Menurut kajian dan laporan yang dibuat oleh Profesor Main (et. al), Human Breast Milk Contamination with Phthalates and Alterations of Endogenous Reproductive Hormones in Infants Three Months of Age, pendedahan terhadap phthalates oleh ibu yang menyusukan bayi lelaki boleh memberi kesan kepada perkembangan sistem reproduktifnya.

Apakah phthalates?

Phtalates mempunya banyak jenis dan fungsi, salah satunya adalah sebagai bahan pewangi di dalam minyak wangi, syampu, sabun, dan sebagainya.

Bagaimana nak tahu adakah sesuatu pewangi itu mengandungi phthalates?

Secara amnya, bahan-bahan yang bertulis “parfum” atau “fragrance” biasanya merujuk kepada phthalates.

Bagaimana nak elakkan dari menggunakan pewangi yang mengandungi phthalates?

Sentiasa periksa label, dan carilah yang bertulis “no synthetic fragrance” “chemical-free” “phthalates-free” “natural fragrance” dan seumpamanya.

Lain-lain tips untuk minimakan pendedahan terhadap phthalates:

  • Minimumkan penggunaan barang plastik (phthalates digunakan dalam pembuatan plastik… bau kereta baru, itulah bau phthalates).
  • Amalkan produk organik.
  • Plastik dengan kod 3 dan 7 biasanya mengandungi phthalates dan BPA, elakkannya.
  • Gunakan penapis air.

Marilah kita sama-sama kurangkan penggunan barang-barang yang mendedahkan generasi kita berikutnya kepada bahan-bahan kimia. Jangan berkira nak amalkan pengambilan suplemen bagi membuang segala bahan toksin berbahaya dalam tubuh kita.

Previous post:

Next post: