Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Supplement

by Mommy Lyna

Supplement atau vitamin bermula dengan pembuatan vitamin secara sintetik, kemudian vitamin natural (vitamin semulajadi) menyusul, diikuti dengan pemakanan asli dari sumber2 organik dan sebagainya. Sejak berdekad lalu, kepentingan vitamin telah mula menembusi pengetahan masyarakat dunia. Umum mengetahui kekurangan vitamin boleh mendatangkan pelbagai jenis penyakit dan komplikasi terutama kepada wanita hamil.

Vitamin dan mineral adalah penting dalam mencetus dan melestarikan proses biokimia dalam tubuh kita bagi memastikan kesihatan sentiasa terjaga.

Walau bagaimanapun, supplement bukan pengganti makanan, jadi pemakanan yang sihat dan seimbang tetap diutamakan walau sebagus manapun supplement yang kita ambil.

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Supplement:

Bila saya akan merasai kesannya?

Sekiranya anda mengambil supplement sebagai merawat atau mengatasi masalah2 tertentu, berikan masa sekurang-kurangnya 1-3 bulan untuk melihat perubahan. Misalnya sekiranya anda mengidap elergi. Kesan pengambilan supplement bukan serta-merta seperti anda mengambil ubat (ubat biasanya berasaskan dadah yang bertindak segera). Supplement bertindak secara lembut dan perlahan-lahan ke atas badan anda.

Bila keadaan atau waktu yang sesuai untuk ambil supplement?

Jawapannya, semalam. Supplement bukan ubat yang kita ambil semasa sakit atau keadaan tertentu. Umpama menjaga sebuah kereta, kita menjaganya dari mula agar tidak berlaku kerosakan yang menelan belanja besar dan menyusahkan kita. Begitu juga dengan supplement. Pengambilan supplement terutama anti-oksidan adalan untuk menjaga tubuh badan kita dari terkena penyakit kronik yang semestinya menelan belanja yang besar untuk rawatan.

Bolehkah saya kekal sihat dengan supplement sahaja?

Ingatlah, supplement bukan pil ajaib. Kita tetap memerlukan makanan seimbang, bersenam, pengawalan diri dari tekanan, jauhi habit yang tidak baik dan rehat yang cukup untuk kekal sihat. Supplement adalah pelengkap dan penyokong kepada amalan gaya hidup sihat yang kita amalkan dan meningkatkan imuniti.

Siapakah yang patut saya jumpa untuk dapatkan nasihat tentang supplement?

Berjumpalah dengan pengedar produk yang mahir tentang supplement, nutritionist, ahli farmasi, doktor atau yang mempunyai minat dan pengetahuan dalam bidang nutrisi (Ingat, bidang nutrisi dan medikal adalah sangat berbeza!). Jauhkan nasihat dari mereka yang tidak tahu apa-apa tentang supplement, atau penjual yang sekadar mahu untung menjual tanpa sebarang ilmu tentang supplement, atau mereka yang tidak pro-supplement.

Satu botol supplement ada beratus biji pil, adakah ia akan kekal elok?

Vitamin natural boleh bertahan selama lebih setahun selepas dibuka, atau apabila ia melepasi tarikh luput (yang mana tiba dahulu). Simpan vitamin di tempat sejuk dan gelap, seperti dalam laci atau almari kerana membiarkannya terdedah kepada udara, kepanasan dan cahaya matahari boleh merosakkannya.

Pengetahuan tentang supplement adalah penting, tatkala anda mengambilnya, kerana apa yang anda masukkan ke mulut menentukan masa depan kesihatan anda. Pastikan supplement yang anda ambil adalah dari sumber semulajadi.

HUBUNGI SAYA DENGAN KLIK PADA LINK INI.

{ 0 comments… add one now }

Previous post:

Next post: