Apa Akan Jadi Bila Protein Dipanaskan?

by Mommy Lyna

Protein adalah salah satu keperluan utama tubuh kita untuk pembinaan dan perlindungan sel. Kekurangan protein menyebabkan tubuh kita mungkin mengalami masalah edema kerana air tidak dapat diseimbangkan oleh tubuh, kerosakan otot dan juga masalah rambut, kulit dan kuku.

Bagaimana nak pastikan kita mendapat bekalan protein yang berkualiti dan cukup?

Pastikan protein ada dalam setiap hidangan

Walaupun tidak makan daging/ayam/telur, tapi kita tetap boleh makan sumber protein dari tumbuhan, misalnya kekacang, quinoa, tempe dan sebagainya.

Pelbagaikan sumber protein

Sumber protein utama kita adalah dari sumber haiwan dan tumbuhan. Jadi kita perlu dapatkan bekalan protein kita dari kedua-dua sumber ini. Ini memandangkan kebanyakan sumber protein ni kita masak terlebih dulu. Daripada dapat hampas protein saja, seeloknya kita pelbagaikan sumbernya.

Minum minuman berprotein tinggi

Susu, susu soya, susu almond, antara minuman yang tinggi kandungan proteinnya. Minumlah susu secara rutin untuk mendapatkan bekalan protein.

Bila kita nak makan makanan dari sumber protein, biasanya kita akan buat apa? Tak payah protein lah, apa-apa saja sumber nutrisi dari makanan, biasanya kita akan masak kan? Memasak adalah satu cara untuk memudahkan kita nak menelan makanan tersebut, dan juga untuk memusnahkan kuman dan bakteria yang mungkin ada.

Namun begitu, tahukah anda bahawa makanan yang dimasak, kebanyakannya akan mengubah strukturnya. Ini kerana, ia telah terkena haba. Terutama protein.

Apa masalahnya bila protein dipanaskan?

BILA PROTEIN DIPANASKAN

Bila kita masak, protein yang dipanaskan tu bukan saja rosak, tapi juga ia boleh bergumpal. Bila protein ni bergumpal, tubuh kita tak dapat nak mencerna protein seperti biasa. Protein yang tidak dapat dicerna ni membawa kepada masalah-masalah kesihatan seperti leaky gut dan alergi.

Oleh itu kita mestilah memilih sumber protein terbaik agar tubuh kita dapat yang terbaik sahaja.

Previous post:

Next post: