Adakah Ini Kesan Sampingan Shaklee?

by Mommy Lyna

Saya menerima banyak email dan pertanyaan dari mereka yang pertama kali mengambil Shaklee sebagai makanan tambahan. Di bawah ini nanti saya akan compile-kan persoalan yang timbul beserta jawapan sekali.

Sebelum itu, saya ingin sekali mengingatkan supaya tuan-tuan dan puan-puan sentiasa rasional. Sekiranya memang dah tak sedap badan – kemudian ambil Shaklee dan demam, kembali kepada asal -> memang dah nak demam dari awal. Sekiranya orang keliling sudah dijangkiti selesema, bila anda ambil Shaklee dan selesema -> berjangkit dari orang keliling.

1. “Kencing saya berwarna kuning dan keruh apabila mengambil vitamin Shaklee”

Normal. Pengambilan vitamin yang mengandungi vitamin B akan merubah warna air kencing kerana kandungan komponen vitamin B (larut air) yang dikeluarkan melalui air kencing.

2. “Kepala saya jadi pening selepas mengambil Shaklee”

Normal. Healing crisis kerana kekurangan air dalam badan. Tingkatkan kuantiti air (paling kurang 3L sehari).

3. “Susu saya jadi kuning/kehijauan selepas ambil Shaklee”

Normal. Kuning disebabkan vitamin B, hijau kerana kandungan klorofil dalam alfalfa.

4. “Saya jadi lawas pulak lepas ambil Shaklee”

Normal. Alfalfa juga bertindak sebagai pelawas.

5. “Saya demam lepas ambil Shaklee. Tapi suami saya dah 3 hari demam”

Mungkin berjangkit demam husband/memang dah nak demam.

6. “Period saya datang selepas ambil Shaklee”

Mungkin dah sampai masanya untuk period.

7. “Badan saya makin lesu lepas ambil Shaklee”

Normal. healing crisis. Banyakkan minum air.

8. “Anak saya kurang menyusu selepas ambil Shaklee”

Normal. Bayi cepat kenyang.

9. “Anak saya tidur lebih lama selepas saya ambil Shaklee”

Normal. Bila dah kenyang, tidurlah :)

Apa-apa pun sekiranya anda hadapi sebarang masalah atau kemusykilan, sila rujuk kepada pengedar Shaklee anda. HUBUNGI SAYA DENGAN KLIK PADA LINK INI

{ 0 comments… add one now }

Previous post:

Next post: