6 Vitamin Yang Penting Untuk Ibu Hamil

by Mommy Lyna

Kehamilan adalah satu fasa yang paling penting bagi pasangan suami isteri. Terutama kepada isteri. Mana tidaknya, dirinya kini membawa satu roh, satu batang tubuh manusia yang bakal dilahirkan.

Tempoh kehamilan bukan satu perkara yang biasa bagi seorang wanita. Fizikal dan emosinya mula mengalami perubahan. Keperluan nutrisinya bertambah, bukan saja untuk menampung janin yang sedang membesar, tapi juga untuk dirinya sendiri.

VITAMIN UNTUK IBU HAMIL

Badan kita tidak boleh menghasilkan vitamin sendiri (kecuali vitamin D dari cahaya matahari). Justeru kita perlukan bekalan vitamin dari apa yang kita makan.

Ibu hamil biasanya diberi vitamin tambahan oleh klinik. Ia sangat penting untuk ibu dan bayi.

Vitamin-vitamin dan nutrien penting untuk ibu hamil:

1. Zat Besi

Seorang ibu hamil mengepam lebih banyak darah ke seluruh badan. Kandungan darah ibu hamil lebih 50% dari biasa. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Kekurangan sel darah merah menyebabkan anemia dan sangat bahaya kepada kandungan dan ibu sendiri.

2. B Complex

Ibu hamil memerlukan 7 nutrien dalam B Complex, terutama Asid Folik bagi tumbesaran bayi yang sempurna. B Complex sangat penting untuk pemeliharaan sel darah merah dan juga sistem saraf.

3. Vitamin C

Vitamin C sangat penting untuk penyerapan zat besi. Walaupun ibu dah makan zat besi tapi tanpa vitamin C, ibu tetap berpotensi untuk mendapat anemia.

4. Minyak Ikan

Minyak ikan sudah diketahui sangat penting untuk kesihatan otak, dan juga sebagai asid lemak perlu. Asid lemak perlu tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sangat penting untuk tindakbalas hormon.

5. Kalsium

Apabila badan kekurangan kalsium, ia boleh menyebabkan masalah pada tulang dan otot. Ibu hamil yang kurang kalsium berisiko untuk mengalami sakit-sakit tulang dan kekejangan otot.

6. Protein

Protein adalah nutrisi yang sangat penting.Ia adalah blok binaan bagi sel-sel badan kita. Protein yang sihat membina sel badan yang sihat serta otot yang sihat. Otot yang sihat mengelakkan pengumpulan lemak dalam badan.

Kesemua nutrien di atas terdapat dalam set Healthy Prenatal by YES.

HEALTHY PRENATAL

Tahukah anda bahawa anda boleh terus mendapat harga diskaun, diskaun tambahan (5%) dan cashback sekiranya mendaftar sebagai ahli dengan belian set ini?

Anda fikir dulu, kemudian klik mana-mana butang di bawah kalau dah dapat keputusannya OKĀ  ;)

P/S : harga untuk ahli termasuk pendaftaran cuma RM539.80. harga tanpa pendaftaran ialah RM582. mana lagi untung?

daftarORDER SHAKLEE

 

Previous post:

Next post: