5 Tips Menjaga Kesihatan Gigi

by Dr Munirah

CHEESEEEEE !!!

Namun senyuman MMMM sahaja yang mampu dilemparkan. Pernah berlaku kepada anda? Okayyy sebenarnya definisi gigi cantik bukan terletak pada gigi yang putih sahaja tetapi gigi yang sihat dan kuat termasuklah nafas yang bersih dan tidak berbau. Berikut merupakan beberapa tips penjagaan gigi yang sihat dan mampu memberi anda keyakinan untuk bercakap dan say cheeseee.

1. Gosok gigi dengan betul

Adalah penting untuk menggosok gigi dengan cara yang betul iaitu pastikan berus gigi dapat mencapai setiap permukaan gigi seterusnya dapat membersihkan gigi daripada plak (tempat berkumpulnya bakteria). Frekuensi menggosok gigi pula adalah sekurang-kurangnya 2 kali sehari terutama, selepas bangun tidur dan sebelum tidur pada waktu malam. Dan disarankan untuk menggunakan dental floss sehari sekali bagi membersihkan celah-celah gigi yang tidak dapat dicapai oleh berus gigi. (Pastikan anda tahu cara menggunakan dental floss dengan betul okay). Antara tips penting mengelakkan mulut berbau adalah dengan memberus permukaan lidah dengan berus gigi yang sama tapi tanpa ubat gigi.

brushing-teeth

2. Mengamalkan makan sayur dan buah-buahan

Buah-buahan seperti oren, anggur, strawberry, betik dan sayuran seperti bayam, kobis dan tomato adalah sangat kaya dengan vitamin C. Vitamin C bukan sahaja bertindak sebagai antioksidan dan mencantikkan kulit malah membantu memelihara kesihatan gusi supaya sihat dan boleh memegang gigi dengan baik. Ada orang tak suka makan buah, ada orang tak suka makan sayur. Jangan risau, kita ada Vitamin C dalam bentuk suplemen yang boleh diambil setiap hari untuk keperluan harian anda (:

Testimoni Vit C utk gusi berdarah

Testimoni Vit C utk gusi berdarah

VITA C PLUS SR

 

 

 

 

 

3. Berjumpa doktor gigi

Disarankan untuk berjumpa doktor gigi secara berkala sekurang-kurangnya 6 bulan sekali supaya kita tahu bagaimana keadaan gigi kita, sebab dan rawatan yang sewajarnya untuk mendapatkan kesihatan gigi yang optimum. Sebagai contoh, plak yang terkumpul semakin lama akan menjadi karang gigi yang keras dan hanya boleh dibersihkan dengan rawatan ‘scaling’ atau pencucian gigi. Jika tidak, karang gigi ini akan menyumbang kepada penyakit gusi dan berkemungkinan menyebabkan gigi terpaksa dicabut.

4. Berhenti merokok

Merokok adalah faktor penyumbang kepada gigi berkarat, nafas dan pakaian kita terlekat bau rokok, mengurangkan respon terhadap rawatan gigi, malah penyebab kanser mulut. Jadi jika anda seorang perokok, bolehlah berusaha untuk berhenti merokok mulai sekarang, kita semua maklum, memang sukar tapi tak mustahil bukan ?

Testimoni vivix utk berhenti rokok

Testimoni vivix utk berhenti rokok

5. Big NO to minuman berkarbonat

Minuman berkarbonat diketahui umum tidak baik untuk kesihatan dan buah pinggang kita. Tahukah anda bahawa ianya juga boleh menghakis permukaan gigi dan menyebabkan gigi sensitif? Aduuhhh ngilunyaaa nak makan aiskrim pun tak boleh. Jadi kurangkan pengambilan minuman berkarbonat sebaik-baiknya hentikan terus lagi bagus.

Ayuh, dah tiba masanya untuk mendapatkan senyuman yang lebar penuh keyakinan! Semuanya bermula dari kita sendiri.

 

Sebarang pertanyaan & pesanan hubungi :

Nur Munirah Abd Aziz

ID : 1224222

No tel : 013-4238962

FB : Nur Munirah Abd Aziz

 

Previous post:

Next post: